Anda boleh menambahkan foto, video dan imej lain pada catatan blog anda. Anda boleh mengurus dan memadamkan imej yang anda muat naik pada blog anda di blogger.com/mediamanager.
Menurut dasar hak cipta Blogger, anda tidak dibenarkan untuk menambah:
- Kandungan yang dihoskan oleh orang lain tanpa persetujuan mereka.
- Bahan berhak cipta tanpa keizinan.
- Sebarang kandungan yang melanggar dasar kandungan Blogger.
Tambahkan imej pada catatan blog
Imej yang dimuat naik ke Blogger mungkin dimampatkan dan dioptimumkan untuk web, yang menyebabkan kurang penggunaan data dan masa pemuatan yang lebih pantas untuk pembaca. Imej ini tidak akan dikira dalam kuota storan Google anda. Pada masa ini, tiada cara untuk menyimpan imej besar dalam kualiti asal di Blogger.
Untuk menambahkan imej pada catatan blog anda:
- Log masuk ke Blogger.
- Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
- Klik catatan yang ingin diedit atau buat catatan baharu.
- Di bahagian atas, klik Sisip imej .
- Pilih lokasi anda mahu memuat naik imej.
- Pilih satu atau beberapa imej dan klik Sisip.
- Untuk menukar saiz, kapsyen atau penjajaran imej setelah anda menambah item itu, klik imej tersebut.
Urus imej anda
Hentikan imej daripada dibuka dalam tindananPeti cahaya membolehkan imej dalam blog anda dibuka dalam tindanan besar secara automatik. Jika anda tidak mahu imej dibuka dalam Peti cahaya:
- Log masuk ke Blogger.
- Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
- Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
- Di bawah "Catatan", matikan Peti cahaya imej.
Tambahkan video pada catatan blog anda
- Log masuk ke Blogger.
- Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
- Klik catatan yang ingin anda tambahkan video.
-
Di bahagian atas, klik Sisip video .
-
Anda boleh memuat naik video daripada komputer anda atau memilih video daripada YouTube.
-
- Pilih video dan klik Sisip.
Urus video anda
- Jika anda ialah pemilik blog: Anda boleh melihat, memuat turun dan memadamkan semua video yang dimuat naik ke blog anda.
- Jika anda pengarang blog: Anda boleh melihat, memuat turun dan memadamkan video yang telah anda muat naik sendiri ke blog anda.
Untuk memuat turun atau memadamkan video:
- Log masuk ke Blogger.
- Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
- Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
- Di bawah "Urus blog", klik Video daripada blog anda.
- Pilih video daripada pustaka video.
- Untuk memadamkan video: klik Padam.
- Untuk memuat turun video: klik Muat turun.
Selesaikan masalah berhubung imej dan video
Jika anda mengalami masalah semasa cuba memuat naik imej atau video ke blog anda, cuba langkah ini:
- Kosongkan cache dan kuki anda.
- Matikan penyekat tetingkap timbul anda atau dalam tetapan penyemak imbas anda, benarkan tetingkap timbul daripada Blogger.com.
- Matikan sebarang pemalam yang telah dipasang pada penyemak imbas anda.
- Pastikan anda telah memasang versi terbaharu penyemak imbas anda.