Kemas kini dasar Kandungan politik (November 2019)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pada bulan Disember, Google akan mengemas kini dasar Kandungan politik untuk menolak pengiklanan politik di Singapura pada platform Google.

Iklan pilihan raya di Singapura ialah iklan yang:

  • mempromosikan kepentingan parti politik atau kumpulan lain yang ditubuhkan di Singapura untuk tujuan politik;
  • mempengaruhi atau ingin mempengaruhi, keputusan pilihan raya pejabat Presiden, pilihan raya umum Ahli Parlimen, pilihan raya kecil mana-mana Ahli Parlimen atau referendum;
  • mempengaruhi atau ingin mempengaruhi, pendapat politik tentang perkara tertentu yang di Singapura ialah perkara dengan kepentingan awam atau kontroversi awam, dengan contoh utama ialah perkara yang berkaitan dengan kaum atau agama; atau
  • membawa atau ingin membawa, perubahan secara keseluruhan atau sebahagian pada undang-undang Singapura atau sebaliknya mempengaruhi atau ingin mempengaruhi, proses atau keputusan perundangan di Singapura.

Google akan mula menguatkuasakan kemas kini dasar ini pada 2 Disember 2019. Pemberitahuan akan dihantar kepada pengiklan yang terlibat.

Disiarkan pada bulan November 2019

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17740030287903948881
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false