Serahkan kempen untuk semakan dasar

Jika anda mempunyai berbilang iklan yang tidak diluluskan disebabkan dasar berkaitan destinasi tertentu, anda boleh menyerahkan keseluruhan kempen untuk semakan selepas membetulkan tapak atau apl anda. Rujuk dasar Google Ads untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang kami tidak benarkan dan cara membetulkan pelanggaran.

Arahan

  1. Pergi ke halaman Iklan dan sambungan dan cari iklan atau sambungan yang tidak diluluskan.
  2. Dalam lajur "Status", tuding pada status "Tidak Diluluskan".
  3. Jika tersedia, klik pautan Minta semakan yang lain.

    Nota: Sekiranya anda tidak melihat pautan ini, ini bermakna dasar yang berkaitan tidak membenarkan penyerahan kempen. Anda perlu membuat dan menyimpan pengeditan kecil pada setiap iklan untuk mencetuskan semakan.

  4. Pilih kempen yang anda ingin agar disemak dan dasar yang berkaitan dengan penolakan.
  5. Klik Serah.

Setelah anda menyerahkan kempen, lajur "Status" iklan yang berkaitan akan berubah daripada "Tidak diluluskan" kepada "Dalam semakan". Setelah selesai disemak, status setiap iklan akan dikemas kini dalam akaun anda agar memaparkan status kelulusan semasa.

Kami menyemak kebanyakan iklan dalam masa 1 hari perniagaan. Sesetengah semakan mungkin mengambil masa yang lebih lama jika iklan memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai soalan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?