Keperluan pengepala dan perihalan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Maklumat harga dalam pengepala atau perihalan
Nota: Dasar ini tidak meliputi kelayakan harga yang diperlukan oleh undang-undang tempatan. Kelayakan tersebut hendaklah disertakan seperti yang diarahkan oleh undang-undang.
Teks promosi dalam pengepala atau perihalan
Contoh: Termasuk “Jualan Murah” dalam pengepala, penambahan “Penghantaran Percuma” pada perihalan
Keperluan URL
Perkara berikut tidak dibenarkan:
URL sambungan yang tidak menuju ke domain URL akhir yang sama seperti iklan teks yang dilampirkan
Keperluan jenama
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain nama jenama
Pengepala yang mengandungi jenama yang tidak ditawarkan oleh perniagaan anda
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain maklumat tentang jenama yang dinyatakan dalam pengepala
Keperluan peristiwa
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain maklumat tentang acara tertentu
Nota: Pengepala acara boleh mengandungi maklumat tentang tarikh acara, lokasi acara, jenis acara atau pelaku.
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang acara yang dinyatakan dalam pengepala
Keperluan lokasi
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain nama lokasi yang berkaitan dengan perniagaan anda
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang lokasi yang dinyatakan dalam pengepala
Keperluan kejiranan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain nama subwilayah atau daerah dalam sesebuah bandar atau wilayah
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang kejiranan yang dinyatakan dalam pengepala
Keperluan kategori produk
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Keperluan kategori produk
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain nama kategori produk
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang kategori produk yang dinyatakan dalam pengepala
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar sambungan anda bagi menghalang akaun anda daripada digantung pada masa hadapan disebabkan mempunyai terlalu banyak sambungan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Pastikan bahawa pengepala Kategori produk hanya menamakan kategori produk yang tertentu dan bukan produk individu atau nama jenama. Pastikan bahawa perihalan hanya mengandungi butiran tambahan tentang kategori produk tersebut.
- Edit sambungan anda supaya mematuhi dasar ini.
- Pada halaman Sambungan anda, tuding di atas sambungan yang ingin diedit.
- Klik ikon pensel yang bersebelahan dengan sambungan anda untuk mengedit sambungan tersebut.
- Klik Simpan apabila anda selesai.
Setelah anda mengedit dan menyimpan sambungan anda, sambungan tersebut akan dihantar untuk disemak. Kebanyakan sambungan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, tetapi sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika sambungan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci. Jika kami mendapati anda telah mengedit sambungan tersebut dengan betul, kami boleh meluluskan iklan itu supaya dapat mula disiarkan.
Keperluan peringkat produk
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Keperluan peringkat produk
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain tahap atau saiz produk
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang peringkat produk yang dinyatakan dalam pengepala
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar sambungan anda bagi menghalang akaun anda daripada digantung pada masa hadapan disebabkan mempunyai terlalu banyak sambungan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Pastikan bahawa pengepala Peringkat produk hanya menamakan tahap atau saiz produk yang tertentu (seperti “Mewah”) dan bukan produk individu atau nama jenama. Pastikan bahawa perihalan hanya mengandungi butiran tambahan tentang peringkat produk tersebut.
- Edit sambungan anda supaya mematuhi dasar ini.
- Pada halaman Sambungan anda, tuding di atas sambungan yang ingin diedit.
- Klik ikon pensel yang bersebelahan dengan sambungan anda untuk mengedit sambungan tersebut.
- Klik Simpan apabila anda selesai.
Setelah anda mengedit dan menyimpan sambungan anda, sambungan tersebut akan dihantar untuk disemak. Kebanyakan sambungan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, tetapi sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika sambungan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci. Jika kami mendapati anda telah mengedit sambungan tersebut dengan betul, kami boleh meluluskan iklan itu supaya dapat mula disiarkan.
Keperluan perkhidmatan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain jenis perkhidmatan
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang perkhidmatan yang dinyatakan dalam pengepala
Keperluan kategori perkhidmatan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Keperluan kategori perkhidmatan
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain kategori perkhidmatan
Nota: Kategori harus menerangkan tentang beberapa perkhidmatan yang berbeza tetapi berkaitan secara kolektif, seperti "Pergigian" atau "Baik pulih kereta".
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang kategori perkhidmatan yang dinyatakan dalam pengepala
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar sambungan anda bagi menghalang akaun anda daripada digantung pada masa hadapan disebabkan mempunyai terlalu banyak sambungan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Pastikan bahawa pengepala Kategori perkhidmatan hanya menamakan kategori perkhidmatan yang tertentu, bukan nama perkhidmatan individu yang termasuk di bawah kategori tersebut. Pastikan bahawa perihalan hanya mengandungi butiran tambahan tentang kategori perkhidmatan tersebut.
- Edit sambungan anda supaya mematuhi dasar ini.
- Pada halaman Sambungan anda, tuding di atas sambungan yang ingin diedit.
- Klik ikon pensel yang bersebelahan dengan sambungan anda untuk mengedit sambungan tersebut.
- Klik Simpan apabila anda selesai.
Setelah anda mengedit dan menyimpan sambungan anda, sambungan tersebut akan dihantar untuk disemak. Kebanyakan sambungan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, tetapi sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika sambungan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci. Jika kami mendapati anda telah mengedit sambungan tersebut dengan betul, kami boleh meluluskan iklan itu supaya dapat mula disiarkan.
Keperluan tahap perkhidmatan
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Penyelesai masalah: Keperluan tahap perkhidmatan
Pengepala yang mengandungi apa-apa perkara selain tahap perkhidmatan
Perihalan yang mengandungi apa-apa perkara selain butiran tentang peringkat perkhidmatan yang dinyatakan dalam pengepala
Jika anda tidak dapat membetulkan pelanggaran ini atau memilih untuk tidak membetulkan pelanggaran ini, sila alih keluar sambungan anda bagi menghalang akaun anda daripada digantung pada masa hadapan disebabkan mempunyai terlalu banyak sambungan yang tidak diluluskan.
- Baca dasar di atas untuk mengetahui tentang perkara yang kami tidak benarkan. Pastikan bahawa pengepala Peringkat perkhidmatan hanya menamakan tahap perkhidmatan yang tertentu (seperti "hotel 3 bintang") dan bukan perkhidmatan individu. Pastikan bahawa perihalan hanya mengandungi butiran tambahan tentang peringkat perkhidmatan tersebut.
- Edit sambungan anda supaya mematuhi dasar ini.
- Pada halaman Sambungan anda, tuding di atas sambungan yang ingin diedit.
- Klik ikon pensel yang bersebelahan dengan sambungan anda untuk mengedit sambungan tersebut.
- Klik Simpan apabila anda selesai.
Setelah anda mengedit dan menyimpan sambungan anda, sambungan tersebut akan dihantar untuk disemak. Kebanyakan sambungan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, tetapi sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika sambungan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci. Jika kami mendapati anda telah mengedit sambungan tersebut dengan betul, kami boleh meluluskan iklan itu supaya dapat mula disiarkan.
Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku
Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan maklumat harga dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Perkaitan tidak jelas
Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.Editorial
Keperluan standard untuk kejelasan, ejaan yang betul dan penggunaan huruf besar serta simbol digunakan pada semua iklan. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tawaran tidak tersedia
Harga bagi produk atau perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan tepat, mudah ditemui di destinasi iklan dan sepadan dengan pengepala dan perihalan. Lihat Dasar tawaran tidak tersedia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tanda dagangan
Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.