Keperluan iklan responsif

Iklan responsif melaraskan saiz, rupa dan format secara automatik untuk dimuatkan dalam ruang iklan yang tersedia. Iklan responsif anda mungkin dipaparkan sebagai iklan asli di satu tapak dan sebagai iklan teks di tapak yang lain. Iklan responsif anda akan berubah sendiri secara automatik agar dapat dimuatkan di tapak tertentu berdasarkan matlamat penyasaran dan kempen anda. Iklan responsif tertakluk pada dasar Google Ads standard dan keperluan di bawah.

Teks imej dalam iklan responsif

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Teks (termasuk logo dengan teks) yang meliputi lebih 20% daripada imej

Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Alih keluar teks yang berlebihan, kemudian muat naik imej anda semula. Jika anda tidak dapat mengedit imej untuk memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar.

Animasi dalam iklan responsif

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Imej beranimasi (seperti GIF beranimasi)

Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku

Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan iklan responsif dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Editorial

Keperluan standard untuk kejelasan, ejaan yang betul dan penggunaan huruf besar serta simbol digunakan pada semua iklan. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Perkaitan tidak jelas

Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan mengelirukan

Semua maklumat hendaklah tepat dan menerangkan perkara yang anda iklankan. Lihat Dasar kandungan mengelirukan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan dewasa

Bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah berkaitan dan selamat untuk pengguna, Google mengehadkan kandungan dewasa dalam keadaan yang tertentu. Lihat Dasar kandungan dewasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Iklan responsif tidak boleh mengandungi sebarang kandungan berorientasikan dewasa.

Kualiti imej

Semua imej yang digunakan dalam pengiklanan mesti memenuhi standard kualiti tertentu. Reka letak imej mesti mematuhi standard Google Ads dan imej tersebut tidak boleh kelihatan kabur. Lihat Dasar kualiti imej untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tanda dagangan

Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?