Keperluan iklan responsif

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Iklan responsif melaraskan saiz, rupa dan format secara automatik untuk dimuatkan dalam ruang iklan yang tersedia. Iklan responsif anda mungkin dipaparkan sebagai iklan asli di satu laman dan iklan teks di laman lain. Bentuknya diubah suai secara automatik agar sesuai berdasarkan matlamat penyasaran dan kempen anda. Iklan responsif tertakluk pada dasar Google Ads standard dan keperluan di bawah.

Teks imej dalam iklan responsif

Perkara yang berikut tidak dibenarkan:

Tidak dibenarkan Teks (termasuk logo dengan teks) yang meliputi lebih daripada 20% imej

Ketahui cara membetulkan iklan atau aset yang tidak diluluskan. Alih keluar teks yang berlebihan, kemudian muat naik imej anda semula. Jika anda tidak dapat mengedit imej untuk memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar.

Animasi dalam iklan responsif

Perkara yang berikut tidak dibenarkan:

Tidak dibenarkan Imej beranimasi (seperti GIF beranimasi)

Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku

Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan iklan responsif dan sering dikaitkan dengan penolakan.

Editorial

Keperluan standard untuk kejelasan, ejaan yang betul dan penggunaan huruf besar serta simbol dikenakan terhadap semua iklan. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Perkaitan tidak jelas

Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan yang mengelirukan

Semua maklumat hendaklah tepat dan menerangkan perkara yang anda iklankan. Lihat Dasar kandungan mengelirukan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan seks

Untuk memastikan iklan yang disiarkan berkaitan dan selamat bagi pengguna, Google mengehadkan kandungan seks dalam keadaan yang tertentu. Lihat dasar Kandungan seks untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kualiti imej

Semua imej yang digunakan dalam pengiklanan hendaklah memenuhi standard kualiti tertentu. Reka letak imej mesti mematuhi standard Google Ads dan imej tersebut tidak boleh kelihatan kabur. Lihat Dasar kualiti imej untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tanda dagangan

Google boleh mengalih keluar iklan atau aset disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Rujuk Dasar tanda dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7614607489747671173
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false