Hak cipta

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mengetahui pengehadan tambahan.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Kami mematuhi undang-undang hak cipta tempatan dan melindungi hak pemegang hak cipta, oleh hal yang demikian, kami tidak membenarkan penyiaran iklan yang tidak mendapat keizinan untuk menggunakan kandungan berhak cipta. Jika anda mendapat keizinan secara sah untuk menggunakan kandungan berhak cipta, mohon untuk mendapatkan pensijilan (atau di sini untuk DV360) untuk membuat pengiklanan. Jika anda melihat kandungan yang tidak mendapat keizinan, kemukakan aduan berkaitan dengan hak cipta.

Di bawah ialah beberapa contoh perkara yang harus dielakkan dalam iklan anda. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Kandungan berhak cipta

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk kandungan berhak cipta.

Tapak atau perisian yang tidak dibenarkan yang merakam, menyalin atau memberikan akses kepada kandungan berhak cipta

Contoh: Tapak, perisian atau bar alat yang mendayakan penstriman, perkongsian, penyalinan atau muat turun panduan audio, e-buku, anime, permainan, filem, nada dering mp3, muzik, perisian, rancangan TV, karya artis bebas, label rekod atau pencipta kandungan yang lain secara tanpa kebenaran

Tapak atau apl yang memudahkan pengedaran kandungan berhak cipta di luar talian tanpa kebenaran

Contoh: Tapak yang mengedarkan salinan fizikal CD, DVD atau perisian berhak cipta tanpa kebenaran

Perisian, tapak atau alat yang mengalih keluar teknologi pengurusan hak digital (DRM) daripada bahan berhak cipta atau sebaliknya memintas hak cipta (tidak kira sama ada tujuan penggunaannya adalah sah atau tidak)

Contoh: Produk atau perkhidmatan (seperti penyalin, pembakar dan penukar Blu-ray atau DVD) yang memberikan akses kepada kandungan berhak cipta dengan membuang atau memintas teknologi DRM pada audio, video, e-buku atau perisian

Penyelesai masalah: Kandungan berhak cipta
  1. Hantar dokumentasi hak cipta anda kepada kami. Jika anda percaya bahawa anda diberi kuasa secara sah untuk mengiklankan kandungan berhak cipta, lengkapkan permohonan untuk disahkan. Kami akan menyemak dan memberitahu anda sama ada kami boleh menyiarkan iklan anda.
  2. Alih keluar kandungan berhak cipta daripada destinasi iklan. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  3. Edit iklan. Alih keluar sebarang kandungan berhak cipta. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, buat pengeditan dalam iklan dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Jika anda tidak dapat menyelesaikan isu pelanggaran ini atau memilih untuk tidak menyelesaikannya, sila alih keluar iklan anda untuk menghalang akaun anda daripada digantung pada masa depan kerana mempunyai terlalu banyak iklan yang tidak diluluskan.

Aduan DMCA

Jika Google menerima aduan DMCA tentang kandungan iklan atau destinasi iklan, iklan tersebut mungkin tidak diluluskan.

Cara aduan DMCA berfungsi

Apakah itu DMCA?

DMCA merupakan Akta Hak Cipta Digital Milenium, undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang diluluskan pada Oktober 1998. Ketahui lebih lanjut mengenai DMCA di http://www.copyright.gov/legislation/dmca.pdf.

Apakah itu pemberitahuan DMCA?

Pemberitahuan DMCA ialah dakwaan pelanggaran hak cipta yang difailkan oleh pemegang hak cipta menurut syarat prosedur notis dan pindah keluar DMCA. Dasar Google menghendaki dakwaan pelanggaran hak cipta sedemikian dijawab.

Siapakah yang boleh memfailkan pemberitahuan DMCA?

Hanya pemilik hak cipta atau wakil yang dibenarkan boleh memfailkan notis pelanggaran DMCA.

Bagaimanakah rupa pemberitahuan DMCA?

Lihat contoh pemberitahuan DMCA.

Jika iklan saya tidak diluluskaan disebabkan oleh pelanggaran DMCA, bolehkah iklan tersebut diserahkan semula?

Bagi menyerahkan semula iklan anda untuk diluluskan, anda hendaklah memfailkan pemberitahuan balas yang mematuhi semua syarat DMCA. Untuk memfailkan pemberitahuan balas, sila isi borang pemberitahuan balas DMCA.

Ambil perhatian bahawa anda boleh dipertanggungjawabkan terhadap ganti rugi (termasuk kos dan bayaran peguam) jika anda menyalahgambarkan dengan nyata bahawa bahan atau aktiviti tidak melanggar hak cipta orang lain. Jika anda tidak pasti sama ada bahan tertentu melanggar hak cipta orang lain, kami cadangkan supaya anda menghubungi peguam terlebih dahulu. Jika anda menyerahkan semula iklan anda tanpa memfailkan DMCA pemberitahuan balas yang sah, akaun anda mungkin ditamatkan kerana melanggar dasar pelanggaran berulang kami.

Adakah Google tidak akan meluluskan iklan saya jika prosiding undang-undang berkenaan dengan hak cipta sedang berlangsung?

Jika anda menyerahkan pemberitahuan balas DMCa yang sah, tetapi orang yang menuntut hak cipta terhadap kandungan yang berkenaan memulakan prosiding undang-undang terhadap anda, Google tidak akan meluluskan semula iklan anda sehingga perintah mahkamah dengan keputusan yang memihak kepada anda telah dikeluarkan.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9432538573410636514
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false