Kemaskinian: Dasar ketelusan iklan baharu (Jun 2023)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pada bulan Julai 2023, Google akan memperkenalkan dasar ketelusan Iklan baharu yang memperincikan maklumat berkaitan pengiklan tertentu yang akan Google sediakan kepada semua pengguna menerusi Pusat Ketelusan Iklan dan pendedahan iklan serta cara mengakses maklumat sedemikian.

Dalam Pusat Ketelusan Iklan dan dalam pendedahan iklan, Google akan memaparkan maklumat pengiklan seperti nama, lokasi dan iklan yang telah disiarkan sepanjang tempoh masa tertentu untuk semua pengiklan yang menyiarkan iklan pada platform Google (termasuk Google Search dan YouTube). Dasar ini akan turut merangkumi pengiklan yang belum disahkan oleh program pengesahan pengiklan.

Demi mematuhi undang-undang yang bersesuaian, Google mungkin turut dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tambahan tertentu tentang pengiklan dan kempen iklan kepada pengguna perkhidmatan Google, bergantung pada negara. Maklumat ini mungkin termasuk, sebagai contoh:

  • Maklumat penyasaran, jumlah bilangan penerima setiap iklan dan isi kandungan iklan.
  • Google akan memastikan maklumat sedemikian boleh diakses dalam Pusat Ketelusan Iklan, termasuk melalui API awam.

Maklumat yang lebih terperinci akan disediakan dalam dasar tersebut.

(Disiarkan pada 8 Jun 2023)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11218448578449771196
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false