Kemaskinian pada dasar Produk dan perkhidmatan kewangan (Januari 2023)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pada bulan Januari 2023, Google akan mengemaskinikan dasar Produk dan perkhidmatan kewangan untuk menjelaskan skop serta keperluan untuk pengiklanan mata wang kripto yang berkaitan dengan perniagaan dan perkhidmatan.

Mulai 10 Januari 2023, pengiklan yang menawarkan Bursa dan Dompet Mata Wang Kripto yang menyasarkan Bahrain dan Finland boleh mengiklankan produk dan perkhidmatan tersebut apabila produk serta perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan yang berikut dan diperakui oleh Google.

Bahrain (Bursa dan Dompet Mata Wang Kripto)

Google membenarkan iklan yang mempromosikan bursa mata wang kripto dan dompet mata wang kripto yang menyasarkan Bahrain, selagi pengiklan mempunyai lesen yang bersesuaian untuk Perkhidmatan Aset Kripto daripada Bank Pusat Bahrain (CBB). Apa-apa keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipatuhi.

Finland (Bursa dan Dompet Mata Wang Kripto)

Google membenarkan iklan yang mempromosikan bursa mata wang kripto dan dompet mata wang kripto yang menyasarkan Finland selagi pengiklan mempunyai pendaftaran yang sesuai sebagai penyedia mata wang maya dengan Finnish Financial Supervisory Authority (“FIN-FSA”). Apa-apa keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipatuhi.

Sebagai peringatan, kami menghendaki semua pengiklan mematuhi undang-undang tempatan untuk mana-mana wilayah yang disasarkan oleh iklan mereka. Dasar ini akan digunakan di seluruh dunia pada semua akaun yang mengiklankan produk kewangan ini. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Perihal pensijilan produk kewangan terhad.

Pelanggaran dasar ini tidak akan menyebabkan penggantungan akaun serta-merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum apa-apa penggantungan akaun anda.

(Disiarkan pada bulan November 2022)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11007516259872835864
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false