Kemaskinian pada dasar Produk dan perkhidmatan kewangan (Ogos 2020)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

 

Pada bulan Ogos 2020, Google akan mengemas kini dasar Produk dan perkhidmatan kewangan untuk membenarkan pengiklanan perkhidmatan hutang di Brazil dan Kanada. 

Pengiklan yang menawarkan produk sedemikian akan dikehendaki memperoleh pensijilan daripada Google sebelum mereka boleh mengiklan menerusi Google Ads. 

Untuk mendapatkan pensijilan daripada Google, pengiklan perkhidmatan hutang perlu berdaftar, dilesenkan atau diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan atau badan profesional yang bertauliah di negara yang disasarkan oleh pengiklan tersebut.

Pengiklan boleh meminta pensijilan dengan Google melalui borang permohonan. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Perihal pensijilan perkhidmatan hutang.

Dasar ini akan digunakan di seluruh dunia pada semua akaun yang mengiklankan produk kewangan ini. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lihat Perihal pensijilan perkhidmatan hutang.

 

(Disiarkan pada bulan Ogos 2020)


 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15431548027430300958
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false