Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan automatik

Perihal Iklan automatik

Iklan automatik menawarkan cara yang mudah dan inovatif untuk anda mengewangkan kandungan anda. Dengan menggunakan Iklan automatik, anda meletakkan satu kod di semua halaman merentas tapak anda. Iklan automatik kemudian akan mengimbas tapak anda dan meletakkan iklan secara automatik di tempat iklan tersebut mungkin berfungsi dengan baik dan berkemungkinan menjana lebih banyak hasil.

Faedah

Manfaat Iklan automatik adalah termasuk:

  • Iklan automatik berkemungkinan meningkatkan hasil anda. Iklan automatik menganalisis halaman anda dan mencari tempat baharu untuk memaparkan iklan berdasarkan reka letak, kandungan dan iklan Google anda yang sedia ada.
  • Iklan automatik mudah digunakan. Anda hanya perlu meletakkan satu kod iklan untuk bermula. Setelah anda meletakkan kod tersebut, Iklan automatik akan dilaraskan secara automatik dengan perubahan yang anda buat di tapak anda dan tetapan iklan anda.
  • Iklan ini membolehkan anda menyesuaikan iklan dengan tapak anda. Tetapan Iklan automatik memberi anda kawalan ke atas tempat iklan dipaparkan di tapak anda.
  • Iklan ini adalah mesra mudah alih. Iklan automatik dilaraskan secara automatik dengan setiap saiz skrin. Iklan ini juga termasuk format eksklusif mudah alih seperti iklan utama dan vignet.

Cara Iklan automatik berfungsi

Iklan automatik menggunakan teknologi pintar Google untuk:

  • Memahami struktur halaman anda
  • Mengesan apa-apa iklan Google yang sedia ada di halaman anda. (Harap maklum bahawa kami tidak dapat menjejak iklan daripada rangkaian iklan yang lain.)
  • Meletakkan iklan baharu secara automatik berdasarkan elemen yang berlainan seperti reka letak halaman anda, jumlah kandungan di halaman anda dan iklan Google sedia ada anda. Kadangkala, Iklan automatik mungkin memaparkan dua iklan sebelah menyebelah (tidak kira asal usul rangkaian iklan tersebut).

Jika anda membuat perubahan di tapak anda, kami akan menjejak perubahan tersebut dan menganalisis semula halaman anda.

Jika anda mempunyai halaman AMP

Sekiranya anda inginkan Google meletakkan iklan anda secara automatik di halaman AMP, anda boleh menggunakan Iklan automatik untuk AMP.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14820237451927829016
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false