Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan untuk carian

Dasar Iklan Carian Tersuai Google: Pertanyaan Carian Alternatif

Disemak Semula: 13 Mac 2023

Pertanyaan Carian Alternatif (ASQ) ialah apa-apa kaedah untuk mencetuskan hasil carian (halaman hasil enjin carian atau SERP) selain pengguna yang memasukkan pertanyaan dalam kotak carian. Teks pertanyaan yang menjana SERP boleh digunakan untuk meminta Iklan Carian Tersuai Google (CSA) dalam garis panduan di halaman ini. Gambar rajah berikut menunjukkan dua ASQ yang berlainan ("Carian Cadangan" dan "Semak Imbas Kategori") yang digunakan untuk mencetuskan halaman carian. Halaman carian meminta CSA menggunakan Istilah ASQ, dalam contoh ini "laser printer".

Gambar rajah Pertanyaan Carian Alternatif.

Garis panduan ini digunakan pada ASQ, kandungan, peletakan, pemformatan dan gelagat ASQ tersebut, serta syarat ASQ yang disertakan dalam permintaan iklan yang dihantar kepada Google.

Jenis ASQ berikut kini tersedia untuk penerbit yang didayakan bagi CSA. Untuk menggunakan ASQ tersebut, anda hendaklah mematuhi Keperluan ASQ Biasa dan juga keperluan khusus bagi setiap ASQ.

Untuk memastikan kejelasan, bagi tujuan dasar ini:

  • "iklan" bermaksud iklan yang disediakan oleh Google. Kata ini tidak bermaksud mana-mana iklan (atau produk atau perkhidmatan pengiklanan yang lain) yang tidak disediakan oleh Google;
  • "kandungan" bermaksud segala perkara yang anda bentangkan kepada pengguna, termasuk kandungan yang dijana penerbit, kandungan bersindiket, kandungan yang dijana pengguna, hasil carian organik, iklan (sama ada disediakan oleh Google atau mana-mana pihak ketiga), dan pautan ke laman atau apl yang lain; dan
  • sekiranya telah diisyaratkan bahawa kelulusan Google diperlukan, keperluan tersebut hanya terpakai bagi penggunaan perkhidmatan Google, termasuk iklan yang disediakan oleh Google.

Anda mestilah memastikan bahawa perkhidmatan Google yang anda gunakan, termasuk apa-apa kandungan pada harta yang melaksanakan perkhidmatan Google, mematuhi dasar ini. Google boleh mengambil tindakan pembetulan terhadap apa-apa ketidakpatuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut: (1) menggantung penyediaan mana-mana perkhidmatan Google, (2) menghendaki anda supaya menghentikan atau mengubah suai penggunaan atau pelaksanaan mana-mana perkhidmatan Google, atau (3) melaksanakan mana-mana hak menurut Syarat Perkhidmatan Dalam Talian Google AdSense yang bersesuaian, atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan antara anda dengan Google.

Keperluan ASQ biasa

Semua penggunaan ASQ di laman atau apl anda yang didayakan dengan CSA adalah tertakluk pada syarat berikut:

  • Anda tidak boleh menyertakan apa-apa kandungan dalam istilah ASQ yang melanggar dasar kandungan Google dalam Dasar program Google AdSense, undang-undang yang berkuat kuasa atau hak pihak ketiga.
  • Google mungkin dari semasa ke semasa memerlukan bahawa perkataan atau frasa tertentu tidak digunakan dalam pertanyaan carian dan/atau permintaan iklan yang dijana oleh ASQ.
  • Istilah ASQ yang dihantar dalam permintaan iklan hendaklah tepat dengan istilah yang dinyatakan oleh pengguna. Contohnya, pengguna yang mengklik istilah "jambak bunga" hendaklah menjana permintaan iklan menggunakan "jambak bunga" (bukannya "bunga" atau "penghantaran jambak bunga").
  • Anda hendaklah memastikan bahawa istilah ASQ yang disertakan dalam permintaan iklan direka khususnya untuk mencadangkan pertanyaan carian yang paling berkaitan dan tidak direka untuk menjana iklan tertentu (mis. iklan yang menghasilkan kos setiap klik yang tinggi) atau sebaliknya, meningkatkan tera, klik dan/atau penukaran secara palsu.
  • Setiap klik pada ASQ hendaklah dibuat oleh pengguna akhir tapak tersebut dan hendaklah membuka halaman hasil carian agar layak untuk CSA.

Selain keperluan umum ini, ASQ khusus mempunyai keperluan tambahan yang tersendiri seperti yang digariskan di bawah.

Carian Popular

"Carian Popular" ialah ASQ yang dijana daripada carian teks paling biasa yang dimasukkan oleh pengguna di laman anda. Apabila ASQ diklik oleh pengguna akhir, ASQ tersebut akan membuka halaman hasil carian dengan CSA.

Selain Keperluan ASQ Biasa, penggunaan ASQ Carian Popular di laman atau apl anda yang didayakan dengan CS adalah tertakluk pada syarat berikut:

  • Anda boleh memperoleh ASQ Carian Popular semata-mata daripada pertanyaan carian paling popular yang diserahkan oleh pengguna akhir di laman anda.
  • Anda hendaklah mengemas kini senarai istilah yang dipaparkan sebagai ASQ Carian Popular di laman anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Anda hendaklah melabelkan ASQ Carian Popular, "Carian Popular" (atau istilah serupa yang diluluskan oleh Google).

Carian Cadangan

"Carian Cadangan" ialah ASQ yang dipaparkan kepada pengguna akhir apabila pengguna akhir memasukkan teks ke dalam kotak carian. Apabila dipilih secara muktamad oleh pengguna akhir, ASQ Carian Cadangan membuka halaman hasil carian dengan CSA.

Selain Keperluan ASQ Biasa, penggunaan ASQ Carian Cadangan di laman atau apl anda yang didayakan dengan CSA adalah tertakluk pada syarat berikut:

  • Anda hendaklah memastikan bahawa istilah Carian Cadangan berkaitan langsung dengan teks yang dimasukkan oleh pengguna akhir ke dalam kotak carian (mis. pengguna akhir yang menaip "bun" mungkin menerima Carian Cadangan yang merangkumi istilah "bunga").
  • Anda hendaklah mengatributkan ASQ Carian Cadangan tersebut dengan jelas kepada anda atau pihak ketiga dan bukannya Google. Untuk mengelakkan keraguan, anda tidak boleh menggunakan Ciri Jenama Google bersamaan dengan ASQ Carian Cadangan.
  • Paparan ASQ Carian Cadangan oleh anda di laman anda yang didayakan dengan CSA hendaklah serupa dengan contoh di bawah ini melainkan diluluskan sebaliknya oleh Google.

Gambar rajah Kotak Carian

Carian Berkaitan

"Carian Berkaitan" ialah ASQ yang terdiri daripada istilah berikut yang dijana secara automatik, yang apabila diklik oleh pengguna akhir, akan menghala ke halaman hasil carian dengan CSA:

  • Istilah yang berkaitan dengan pertanyaan carian terdahulu pengguna akhir.
  • Istilah yang berkaitan dengan kandungan halaman.

Selain Keperluan ASQ Biasa, penggunaan ASQ Carian Berkaitan di laman atau apl anda yang didayakan dengan CSA adalah tertakluk pada syarat berikut.

  • Anda hendaklah melabelkan ASQ Carian Berkaitan, "Carian Berkaitan" atau istilah serupa yang diluluskan oleh Google.
  • Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada 2 "unit carian berkaitan" di setiap halaman.

Syarat tambahan untuk halaman hasil carian

  • ASQ Carian Berkaitan boleh diletakkan dalam peletakan berikut di halaman:
    • Di sebelah kanan/kiri hasil carian
    • Di bawah hasil carian
    • Di antara unit iklan teratas dan hasil carian
  • ASQ Carian Berkaitan yang dilaksanakan di bahagian atas halaman hasil carian, di atas unit iklan teratas, hendaklah diluluskan oleh Google secara bertulis.
  • Jika ASQ Carian Berkaitan diselang-selikan dengan hasil carian laman, sekurang-kurangnya 3 hasil carian hendaklah berada di atas ASQ Carian Berkaitan.
  • Anda tidak boleh menyelang-nyelikan ASQ Carian Berkaitan dengan keputusan Enjin Carian Boleh Atur Cara Google.
  • Istilah dalam ASQ Carian Berkaitan untuk halaman hasil carian boleh dijana oleh Google atau oleh anda atau sumber lain. Apabila Google tidak menjana istilah dalam ASQ Carian Berkaitan:
    • Anda hendaklah mengatributkan ASQ Carian Berkaitan tersebut dengan jelas kepada anda atau pihak ketiga dan bukannya Google. Untuk mengelakkan keraguan, anda tidak boleh menggunakan Ciri Jenama Google bersamaan dengan ASQ Carian Berkaitan.

Syarat tambahan untuk halaman hasil carian dengan kandungan unik atau asli

  • ASQ Carian Berkaitan boleh diletakkan dalam peletakan berikut di halaman:
    • Di sebelah kanan/kiri hasil kandungan
    • Di bawah kandungan
    • Di antara kandungan
  • Untuk kejelasan, anda tidak boleh meletakkan ASQ Carian Berkaitan di halaman yang melanggar dasar Program Google AdSense, undang-undang atau hak pihak ketiga yang berkenaan.
  • Istilah dalam ASQ Carian Berkaitan untuk bukan halaman hasil carian mesti dijana oleh Google. Setakat yang anda boleh memberikan cadangan untuk istilah dalam ASQ Carian Berkaitan bagi pertimbangan Google (untuk ditentukan atas budi bicara mutlak Google):
    • Anda tidak boleh memberikan istilah yang melanggar dasar kandungan Google dalam dasar Program Google AdSense, undang-undang dan hak pihak ketiga yang berkenaan.
    • Anda hendaklah memastikan bahawa istilah direka khususnya untuk mencadangkan pertanyaan carian yang paling berkaitan dan tidak direka untuk menjana iklan tertentu (mis. iklan yang menghasilkan kos setiap klik yang tinggi) atau sebaliknya, meningkatkan tera, klik dan/atau penukaran secara palsu.
    • Anda mesti memastikan cadangan tersebut tidak direka bentuk untuk menyasarkan pengguna tertentu atau kumpulan pengguna berdasarkan perkaitan atau atribut dikongsi lain (mis. demografi).

Semak Imbas Kategori

Halaman Semak Imbas Kategori ialah halaman yang ditemui oleh pengguna ketika mereka menavigasi menu atau direktori pilihan, atau kategori kandungan. Contohnya, pengguna di laman beli-belah mungkin menyemak imbas buku yang tersedia, kemudian memperincikan carian/semakan imbas dengan mengklik "Bukan Fiksyen". Pada SERP tersebut, pengguna mungkin mengklik pada "Pengarang Baharu" untuk memperincikan lagi carian tersebut. Setiap halaman mempunyai bilangan hasil carian yang semakin kecil kerana permintaan pengguna menjadi lebih terperinci. Secara umum, pengalaman carian semak imbas kategori hendaklah terdiri daripada kandungan asal dan menunjukkan kedalaman dan keluasan yang mencukupi agar layak untuk CSA.

ASQ "Semak Imbas Kategori" ialah menu atau direktori yang membolehkan pengguna menavigasi laman anda dengan memperincikan fokus mereka.

Selain Keperluan ASQ Biasa, penggunaan ASQ Semak Imbas Kategori di laman atau apl anda yang didayakan dengan CSA adalah tertakluk pada syarat berikut:

  • CSA hanya boleh ditunjukkan sebagai respons kepada klik pengguna pada ASQ Semak Imbas Kategori yang cukup terperinci, seperti yang ditentukan oleh Google. Sebagai contoh, CSA mungkin dicetuskan sebagai respons kepada klik pengguna akhir pada istilah "baju sejuk" tetapi bukan pada istilah "pakaian".
  • Anda boleh menyertakan kategori induk untuk ASQ Semak Imbas Kategori dalam permintaan iklan yang dimulakan daripada ASQ Semak Imbas Kategori (iaitu, anda boleh menyertakan penyenaraian direktori dalam jejak pada permintaan sedemikian).

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11578903621030475015
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false