Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan untuk carian

Dasar Iklan Carian Tersuai

Pengenalan

Dasar ini terpakai kepada penggunaan perkhidmatan AdSense for Search (AFS) Google menerusi protokol Iklan Carian Tersuai (CSA).

Untuk memastikan kejelasan, bagi tujuan dasar ini:

  • "iklan" bermaksud iklan yang disediakan oleh Google. Kata ini tidak bermaksud mana-mana iklan (atau produk atau perkhidmatan pengiklanan yang lain) yang tidak disediakan oleh Google;
  • "kandungan" bermaksud segala perkara yang anda bentangkan kepada pengguna, termasuk kandungan yang dijana penerbit, kandungan bersindiket, kandungan yang dijana pengguna, hasil carian organik, iklan (sama ada disediakan oleh Google atau mana-mana pihak ketiga), dan pautan ke laman atau apl yang lain; dan
  • sekiranya telah diisyaratkan bahawa kelulusan Google diperlukan, keperluan tersebut hanya terpakai bagi penggunaan perkhidmatan Google, termasuk iklan yang disediakan oleh Google.

Anda mestilah memastikan bahawa perkhidmatan Google yang anda gunakan, termasuk apa-apa kandungan pada harta yang melaksanakan perkhidmatan Google, mematuhi dasar ini. Google boleh mengambil tindakan pembetulan terhadap apa-apa ketidakpatuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut: (1) menggantung penyediaan mana-mana perkhidmatan Google, (2) menghendaki anda supaya menghentikan atau mengubah suai penggunaan atau pelaksanaan mana-mana perkhidmatan Google, atau (3) melaksanakan mana-mana hak menurut Syarat Perkhidmatan Dalam Talian Google AdSense yang bersesuaian, atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan antara anda dengan Google.

Dasar


Selain dasar program Google AdSense, Iklan Carian Tersuai AdSense (CSA) mempunyai dasar tambahan berikut yang perlu anda terima sebelum anda boleh mengambil bahagian.

Dasar berikut digunakan untuk semua pelaksanaan Iklan Carian Tersuai (desktop, mudah alih dan apl mudah alih):

  1. Pemboleh ubah pertanyaan yang diserahkan kepada Google hendaklah sepadan dengan niat carian pengguna
    CSA hanya boleh digunakan di halaman hasil carian yang dikembalikan daripada niat carian pengguna yang jelas melalui salah satu daripada dua sumber:
    • Pertanyaan carian yang dimasukkan dan diserahkan terus oleh pengguna ke dalam kotak carian tanpa pengeditan, pengubahsuaian atau penapisan. Kotak carian seharusnya tidak diisikan lebih awal dengan istilah carian dan penerbit tidak boleh membuat pautan yang mengandungi istilah carian yang telah diisi lebih awal.
    • Pertanyaan Carian Alternatif, seperti yang ditakrifkan oleh dan mematuhi Dasar Pertanyaan Carian Alternatif Google.
  2. Hanya satu permintaan CSA dibenarkan bagi setiap tindakan pengguna
    Anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan untuk CSA bagi setiap tindakan pengguna. Tindakan pengguna boleh berbentuk klik oleh pengguna atau penatalan yang memulakan pemuatan tak segerak lebih banyak hasil carian.
  3. Sifat kandungan boleh dicari
    Seperti yang diterangkan dalam dasar program AdSense, kandungan berhak cipta atau kandungan yang melanggar garis panduan kandungan laman kami hendaklah tidak menjadi tumpuan kandungan boleh dicari anda.
  4. Kod hanya boleh digunakan di halaman hasil carian
    Unit iklan hanya boleh diletakkan di halaman hasil carian.
  5. Iklan hendaklah dikenal pasti dengan jelas dan boleh dibezakan daripada hasil carian
  6. Tiada carian yang menyediakan insentif
    Anda tidak boleh memampasi pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian.
  7. Iklan hendaklah dipaparkan di halaman yang mengandungi hasil carian
    Iklan ialah tambahan kepada hasil carian yang dikembalikan oleh laman anda dan bukan merupakan hasil carian tersebut.
  8. Rakan kongsi tidak boleh mengisi semula CSA menggunakan AdSense for Content (AFC), Google Ad Manager dan/atau AdMob
    Tindakan mencampurkan jenis permintaan dalam satu peletakan tidak dibenarkan, seperti mengisi semula hasil CSA dengan pengiklanan Google yang lain, mis. dengan menggunakan AdSense for Content, Google Ads Manager atau AdMob. Tindakan menyelang-nyelikan jenis permintaan untuk peletakan yang sama juga tidak dibenarkan, seperti menggunakan CSA AdSense pada sesetengah paparan dan menggunakan AdSense for Content, Google Ads Manager atau AdMob pada paparan lain.
  9. Anda tidak boleh meletakkan CSA di halaman yang turut memaparkan permintaan teks Google Ads secara serentak melalui unit lain.

  10. Bilangan iklan berhubung dengan hasil organik
    Bilangan iklan tidak boleh melebihi bilangan hasil carian untuk pertanyaan carian pengguna.

  11. Melainkan diluluskan oleh Google secara bertulis, CSA tidak boleh dilaksanakan di halaman hasil carian jika sebahagian besar hasil carian terdiri daripada perkara yang berikut:

    • Video
    • Imej
    • Pengagregatan berita
    • Orang
    • Muzik
    • Kandungan yang berasal daripada mana-mana perkhidmatan Google selain Enjin Carian Boleh Atur Cara (mis. API YouTube).

Dasar yang khusus untuk desktop

  1. Maksimum tiga unit iklan bagi setiap halaman - Halaman hasil carian anda boleh menampilkan maksimum tiga unit iklan. Anda juga boleh memasukkan satu unit pautan dan satu unit AdSense for Content atau satu unit Ad Exchange yang perlu ditetapkan kepada iklan imej atau iklan sasaran peletakan sahaja.

  2. Bilangan iklan berhubung dengan hasil organik

    • Bilangan iklan tidak boleh melebihi bilangan hasil carian untuk pertanyaan carian pengguna.
    • Maksimum lima iklan (satu unit) di atas atau di bawah hasil carian dan iklan tersebut tidak boleh menggunakan lebih daripada satu pertiga ruang hasil carian tanpa menatal
    • Maksimum lapan iklan dalam unit di bahagian tepi hasil

Dasar yang khusus untuk Web Mudah Alih dan Tablet

  1. Maksimum dua unit iklan bagi setiap halaman
    Anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan bagi CSA untuk Mudah Alih bagi setiap halaman yang akan memaparkan hasil carian. Halaman hasil carian anda boleh menampilkan maksimum dua unit iklan CSA untuk Mudah Alih. Hanya satu unit iklan boleh dipaparkan pada skrin pada bila-bila masa.
  2. Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan di bahagian atas dan tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan di bahagian bawah.
  3. Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada satu unit iklan CSA untuk Mudah Alih kepada pengguna pada satu-satu masa.

Dasar yang khusus untuk apl mudah alih

  1. Iklan pada bingkai (iklan yang ditetapkan di bahagian atas atau bawah aplikasi) tidak dibenarkan. 
  2. Iklan dalam bingkai (iklan yang diletakkan pada halaman dalam aplikasi mudah alih)
    Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan di bahagian atas dan tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan di bahagian bawah. Anda boleh memaparkan maksimum empat iklan pada unit iklan di bahagian bawah jika tiada unit iklan di bahagian atas dipaparkan pada halaman.
  3. Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada satu unit iklan CSA untuk Apl Mudah Alih kepada pengguna pada satu-satu masa.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7800543002243950531
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false