Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Pembayaran

Penahanan pembayaran kerana anda belum mengesahkan maklumat peribadi anda

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan kami menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat peribadi. Satu contoh ialah apabila pasukan pembayaran AdSense memerlukan anda menghantar maklumat tertentu untuk mengesahkan identiti anda. Apabila pengesahan diperlukan, akaun AdSense anda akan dikenakan penahanan pembayaran sementara sehingga anda mengesahkan maklumat tersebut.

Bagaimanakah saya tahu jika saya terlibat?

Sekiranya anda terlibat dengan penahanan pembayaran ini:

  • Kami akan menghantar e-mel ke alamat e-mel yang telah anda tentukan di bahagian "Pembayaran > Tetapan" pada akaun AdSense anda. E-mel ini akan datang daripada pasukan pembayaran dan akan dihantar daripada alias e-mel Google. Dalam e-mel ini kami akan meminta anda memberikan beberapa maklumat peribadi.
  • Anda akan melihat pemberitahuan makluman berwarna merah dalam akaun AdSense anda yang menyatakan bahawa terdapat penahanan pembayaran pada akaun anda.
  • Di halaman "Transaksi", anda akan melihat bahawa pembayaran telah dikeluarkan kepada anda tetapi terdapat juga penahanan pembayaran pada akaun anda.

Soalan lazim

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlibat? Bagaimanakah saya dapat menyingkirkan penahanan pembayaran?
Sekiranya anda tidak menerima e-mel daripada pasukan pembayaran Google melalui alias e-mel Google, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Sekiranya anda melihat pemberitahuan penahanan pembayaran berwarna merah dalam akaun anda, tetapi anda belum menerima e-mel daripada pasukan pembayaran Google, sila hubungi kami melalui butang dalam pemberitahuan tersebut.

Sekiranya anda menerima e-mel daripada pasukan pembayaran Google, melalui alias e-mel Google, yang meminta pengesahan maklumat peribadi anda, sila lakukan perkara berikut:

  1. Balas terus kepada e-mel tersebut.
  2. Berikan semua maklumat yang diperlukan atau, dalam sesetengah kes, salinan dokumen anda.

Sila balas e-mel dengan maklumat yang diperlukan dalam tempoh 5 hari perniagaan. Harap maklum bahawa anda tidak akan dapat menerima apa-apa pembayaran sehingga anda memberikan maklumat ini.

Mengapakah anda bertanya maklumat ini daripada saya?
Kadangkala, bank Google (atau bank perantara) memerlukan maklumat peribadi untuk disahkan bagi menyelesaikan proses pembayaran AdSense. Google tidak menyimpan maklumat penerbit seperti tarikh lahir, kewarganegaraan, dll, jadi apabila bank perlu mengesahkan maklumat ini sebelum memproses pembayaran, kami akan menghubungi anda.

Harap maklum bahawa tidak semua penerbit dipengaruhi oleh penahanan pembayaran ini. Proses ini lebih biasa di negara dengan kadar penipuan yang tinggi.

Apakah maklumat yang anda minta daripada saya?
Kami mungkin meminta anda mengesahkan mana-mana atau semua perkara berikut:
  • Tarikh lahir anda
  • Negara kelahiran anda
  • Nama lengkap penerima yang disenaraikan pada akaun anda
  • Alamat anda
  • Kewarganegaraan anda
  • Nombor pasport anda
  • Nombor kad pengenalan anda

Kami mungkin meminta anda memberikan salinan mana-mana atau semua perkara berikut:

  • Pasport atau ID yang dikeluarkan kerajaan anda yang lain
  • Bukti alamat (mis., bil utiliti, penyata bank)
Apakah yang berlaku selepas saya memberikan maklumat peribadi saya?
Setelah memberikan maklumat yang diperlukan dan maklumat tersebut disahkan, bank yang meminta maklumat tersebut akan menyelesaikan proses pembayaran serta penahanan pembayaran akan dialih keluar daripada akaun anda.
Adakah maklumat peribadi saya dikongsi?
Harap maklum bahawa maklumat yang anda serahkan kepada kami boleh dikongsi dengan pihak ketiga (bank atau bank perantara kami) untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan membalas e-mel kami bersama maklumat yang diperlukan, anda memperakui dan bersetuju bahawa maklumat ini boleh dikongsi dengan pihak ketiga (bank atau bank perantara kami). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami, sila lihat Dasar Privasi Google.
Ingat:
  • E-mel kami akan sentiasa dihantar daripada alias e-mel Google rasmi. Contohnya, account-compliance@google.com. E-mel tidak akan dihantar daripada alamat e-mel seperti paymentsgoogle@gmail.com.
  • Kami tidak akan meminta butiran akaun bank anda, jadi sila berhati-hati dengan apa-apa e-mel palsu yang mungkin berbuat demikian.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14659919390586465741
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false