Untuk melihat pelaporan AdSense dalam Analytics bagi halaman web, halaman web tersebut mesti mengandungi:
- Kod AdSense yang digunakan untuk memaparkan iklan
- Kod penjejakan Analytics
Harap maklum bahawa tertib coretan kod adalah sangat penting. Kami mengesyorkan agar anda meletakkan coretan dalam HTML halaman web anda melalui tertib berikut:
- Kod penjejakan Analytics, yang diletakkan betul-betul sebelum tag penutup </head>
- Kod iklan AdSense, antara tag <body> dengan </body>