Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Iklan untuk carian

Dasar Ciri Produk Disepadukan AdSense for Search

(23 Mac 2022) Berikutan perang yang sedang berlaku di Ukraine, kami akan menjeda pengewangan kandungan yang mengeksploitasi, mengetepikan atau menyokong perang tersebut.

(10 Mac 2022) Berikutan penggantungan sistem pengiklanan Google di Rusia baru-baru ini, kami akan menjeda pembuatan akaun Rusia baharu pada AdSense, AdMob dan Google Ad Manager. Selain itu, kami akan menjeda iklan pada produk dan rangkaian Google di seluruh dunia bagi pengiklan yang berpangkalan di Rusia.

(3 Mac 2022) Susulan peperangan yang berterusan di Ukraine, kami akan menjeda iklan buat sementara waktu daripada disiarkan kepada pengguna yang berada di Rusia.

(26 Februari 2022) Ekoran peperangan di Ukraine, kami akan menjeda pengewangan Google bagi media yang dibiayai kerajaan Persekutuan Rusia. 

Kami akan terus memantau situasi tersebut secara aktif dan membuat pelarasan mengikut keperluan.

Dasar ini terpakai pada penggunaan Ciri Produk Disepadukan AdSense for Search (AFS). Jenis Ciri Produk Disepadukan AFS yang berikut tersedia pada masa ini:

Untuk memastikan kejelasan, bagi tujuan dasar ini:

  • "iklan" bermaksud iklan yang disediakan oleh Google. Kata ini tidak bermaksud mana-mana iklan (atau produk atau perkhidmatan pengiklanan yang lain) yang tidak disediakan oleh Google;
  • "kandungan" bermaksud segala perkara yang anda bentangkan kepada pengguna, termasuk kandungan yang dijana penerbit, kandungan bersindiket, kandungan yang dijana pengguna, hasil carian organik, iklan (sama ada disediakan oleh Google atau mana-mana pihak ketiga), dan pautan ke laman atau apl yang lain; dan
  • sekiranya telah diisyaratkan bahawa kelulusan Google diperlukan, keperluan tersebut hanya terpakai bagi penggunaan perkhidmatan Google, termasuk iklan yang disediakan oleh Google.

Anda mestilah memastikan bahawa perkhidmatan Google yang anda gunakan, termasuk apa-apa kandungan pada harta yang melaksanakan perkhidmatan Google, mematuhi dasar ini. Google boleh mengambil tindakan pembetulan terhadap apa-apa ketidakpatuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut: (1) menggantung penyediaan mana-mana perkhidmatan Google, (2) menghendaki anda supaya menghentikan atau mengubah suai penggunaan atau pelaksanaan mana-mana perkhidmatan Google, atau (3) melaksanakan mana-mana hak menurut Syarat Perkhidmatan Dalam Talian Google AdSense yang bersesuaian, atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan antara anda dengan Google.

Dasar

Untuk kejelasan:

  1. Penggunaan Ciri Produk Disepadukan AFS perlu mematuhi dasar AdSense for Search (AFS).
  2. Anda tidak boleh menempatkan Ciri Produk Disepadukan AFS pada kandungan yang tidak mematuhi dasar Program Google AdSense, termasuk tetapi tidak terhad kepada Dasar Penerbit Google.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14813831249799319777
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false