(10 Mac 2022) Berikutan penggantungan sistem pengiklanan Google di Rusia baru-baru ini, kami akan menjeda pembuatan akaun Rusia baharu pada AdSense, AdMob dan Google Ad Manager. Selain itu, kami akan menjeda iklan pada produk dan rangkaian Google di seluruh dunia bagi pengiklan yang berpangkalan di Rusia.
(3 Mac 2022) Susulan peperangan yang berterusan di Ukraine, kami akan menjeda iklan buat sementara waktu daripada disiarkan kepada pengguna yang berada di Rusia.
(26 Februari 2022) Ekoran peperangan di Ukraine, kami akan menjeda pengewangan Google bagi media yang dibiayai kerajaan Persekutuan Rusia.
Kami akan terus memantau situasi tersebut secara aktif dan membuat pelarasan mengikut keperluan.
Pengenalan
Dasar ini terpakai kepada penggunaan perkhidmatan AdSense for Search (AFS) Google.
Untuk memastikan kejelasan, bagi tujuan dasar ini:
- "iklan" bermaksud iklan yang disediakan oleh Google. Kata ini tidak bermaksud mana-mana iklan (atau produk atau perkhidmatan pengiklanan yang lain) yang tidak disediakan oleh Google;
- "kandungan" bermaksud segala perkara yang anda bentangkan kepada pengguna, termasuk kandungan yang dijana penerbit, kandungan bersindiket, kandungan yang dijana pengguna, hasil carian organik, iklan (sama ada disediakan oleh Google atau mana-mana pihak ketiga), dan pautan ke laman atau apl yang lain; dan
- sekiranya telah diisyaratkan bahawa kelulusan Google diperlukan, keperluan tersebut hanya terpakai bagi penggunaan perkhidmatan Google, termasuk iklan yang disediakan oleh Google.
Anda mestilah memastikan bahawa perkhidmatan Google yang anda gunakan, termasuk apa-apa kandungan pada harta yang melaksanakan perkhidmatan Google, mematuhi dasar ini. Google boleh mengambil tindakan pembetulan terhadap apa-apa ketidakpatuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut: (1) menggantung penyediaan mana-mana perkhidmatan Google, (2) menghendaki anda supaya menghentikan atau mengubah suai penggunaan atau pelaksanaan mana-mana perkhidmatan Google, atau (3) melaksanakan mana-mana hak menurut Syarat Perkhidmatan Dalam Talian Google AdSense yang bersesuaian, atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan antara anda dengan Google.
Dasar
-
Pengubahsuaian pertanyaan
Pertanyaan perlu berasal daripada niat carian pengguna yang jelas daripada tiga sumber ini:- Pertanyaan carian yang dimasukkan dan diserahkan terus oleh pengguna dalam kotak carian tanpa pengeditan, pengubahsuaian atau penapisan. Kotak carian seharusnya tidak diisi lebih awal dengan istilah carian dan penerbit tidak boleh membuat pautan yang mengandungi istilah carian yang telah diisi lebih awal.
- Ciri Produk Disepadukan AdSense for Search, seperti yang ditakrifkan oleh dan mematuhi dasar Ciri Produk Disepadukan AdSense for Search Google.
- Pertanyaan Carian Alternatif pada laman atau apl yang mendayakan Iklan Carian Tersuai anda, seperti yang ditakrifkan oleh dan mematuhi dasar Pertanyaan Carian Alternatif Google.
-
Pengubahsuaian kod
Penerbit AdSense tidak dibenarkan mengubah suai kod AdSense for Search melalui sebarang cara.
Penerbit tidak boleh:- Membingkaikan hasil carian AdSense for Search
- Mengalih keluar atau mengubah logo Google
-
Bilangan iklan dan peletakan kotak carian
Maksimum dua kotak AdSense for Search boleh diletakkan di setiap halaman. -
Kod hanya boleh digunakan di halaman hasil carian
Unit iklan hanya boleh diletakkan di halaman hasil carian. Kod AdSense for Search tidak boleh disepadukan ke dalam sebarang aplikasi perisian seperti bar alat atau sambungan penyemak imbas. -
Sifat kandungan boleh dicari
Seperti yang diterangkan dalam dasar program AdSense, kandungan berhak cipta atau kandungan yang melanggar garis panduan kandungan laman kami hendaklah tidak menjadi tumpuan kandungan boleh dicari anda. -
Tiada carian yang menyediakan insentif
Anda tidak boleh memampasi pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian. -
Had pertanyaan
Anda hanya boleh membuat satu pertanyaan untuk setiap permintaan pengguna. Produk AdSense for Search dalam talian dihadkan kepada lima (5) bilion pertanyaan bagi setiap akaun dari tempoh 1 Ogos hingga 31 Julai tahun yang berikutnya.
Soalan Lazim AdSense for Search
- Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan carian Internet yang lain dengan AdSense for Search?
- Bolehkah saya menggunakan enjin carian pada laman saya?
- Bolehkah saya memaparkan iklan dan kotak AdSense for Search di halaman yang sama?
- Bolehkah saya meletakkan iklan bukan AFS yang disediakan oleh Google pada halaman hasil carian AFS saya?
Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan carian Internet yang lain dengan AdSense for Search?
Penerbit dibenarkan untuk menambah perkhidmatan carian Internet yang lain pada laman yang memaparkan kotak AdSense for Search. Walau bagaimanapun, kotak carian yang dipaparkan daripada perkhidmatan carian Internet yang lain tidak boleh meniru penampilan kotak carian Google. Selain itu, penerbit yang menggunakan ciri Carian Laman pilihan juga boleh menggunakan produk alternatif untuk mencari kandungan laman mereka.
Bolehkah saya menggunakan enjin carian pada laman saya?
Kami amat mengesyorkan agar anda tidak menggunakan enjin carian pada laman anda untuk melakukan carian sendiri. Tindakan tersebut boleh meningkatkan risiko klik tak sengaja pada iklan anda sendiri lalu menghasilkan laporan yang tidak mencerminkan trafik ke halaman anda dengan tepat.
Bolehkah saya memaparkan iklan dan kotak AdSense for Search di halaman yang sama?
Ya. Anda boleh meletakkan kotak AdSense for Search di mana-mana halaman yang mematuhi Dasar program kami, walaupun anda sudah memaparkan iklan di halaman tersebut. Carian akan membawa ke halaman hasil carian yang turut diwangkan daripada iklan.
Bolehkah saya meletakkan iklan bukan AFS yang disediakan oleh Google di halaman hasil AFS saya?
Kami meminta anda tidak meletakkan apa-apa iklan tambahan yang disediakan Google, termasuk unit iklan teks, imej atau video di halaman dengan hasil carian yang dibingkaikan. Walau bagaimanapun, anda dialu-alukan untuk meletakkan unit pautan atau kotak AdSense for Search di halaman tersebut.