Penjual Digital Disahkan atau ads.txt ialah inisiatif IAB Tech Lab yang memastikan inventori iklan digital anda hanya dijual melalui penjual (seperti AdSense) yang telah anda kenal pasti sebagai diizinkan.
Tindakan membuat fail ads.txt anda sendiri memberi anda lebih kawalan ke atas pengguna yang dibenarkan menjual iklan di laman anda dan menghalang inventori palsu daripada dipaparkan kepada pengiklan.
Penggunaan ads.txt adalah tidak mandatori, tetapi amat disyorkan. Fail ini membolehkan pembeli mengenal pasti inventori tiruan sekali gus membantu anda memperoleh lebih banyak perbelanjaan pengiklanan yang mungkin disalurkan ke inventori tiruan tersebut, jika tiada fail ini.
Dalam artikel ini:
- Betulkan masalah ads.txt dalam AdSense
- Buat fail ads.txt untuk laman anda
- Tambahkan ID penerbit anda pada fail ads.txt
- Semak pengemaskinian status ads.txt anda
Betulkan masalah ads.txt dalam AdSense
Jika terdapat masalah berkaitan ads.txt pada laman anda, anda akan melihat makluman dalam akaun AdSense anda. Untuk mengelakkan sebarang kesan pada hasil anda, ikut langkah yang berkaitan di bawah untuk membetulkan masalah ini.
Buat fail ads.txt untuk laman anda
Jika laman anda tiada fail ads.txt, anda boleh membuat fail tersebut. ID penerbit anda mesti disertakan dan diformatkan dengan betul untuk membolehkan fail ads.txt anda disahkan.
- Buat fail teks (.txt) menggunakan editor teks biasa, seperti Notepad (Windows) atau TextEdit (Mac).
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Jika terdapat makluman di halaman utama anda, klik Betulkan sekarang. Jika tidak, klik Laman, kemudian klik laman dengan status ads.txt "Tidak ditemui".
Nota: Anda mungkin mempunyai beberapa pilihan pengesahan, bergantung pada laman anda dan status ads.txt laman tersebut. Gunakan pilihan coretan Ads.txt.
- Klik Salin.
- Tampalkan baris pada setiap fail ads.txt anda.
Fail ads.txt anda sepatutnya dipaparkan seperti ini sekarang, dengan
pub-0000000000000000
iaitu ID penerbit anda:google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0
- (Pilihan) Jika anda menggunakan rangkaian iklan lain, ingat untuk menambahkan rangkaian tersebut pada fail ads.txt anda. Hubungi rangkaian iklan anda untuk mendapatkan maklumat ads.txt mereka.
-
Muat naik fail ads.txt anda kepada direktori akar laman anda.
Direktori akar laman ialah direktori atau folder selepas domain tahap atas, mis. example.com/ads.txt. (Untuk example.com/ads.txt, example.com ialah direktori akar atau folder tempat anda memuat naik fail ads.txt anda.)
Petua: Jika anda tidak pasti lokasi untuk menambahkan fail ads.txt anda, akses pembina laman atau editor anda untuk mendapatkan arahan khusus. Anda juga boleh menghubungi perkhidmatan pengehosan web anda untuk mengetahui cara memuat naik kepada direktori akar laman anda. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang direktori akar. -
Untuk mengesahkan bahawa anda telah menerbitkan fail anda dengan betul, semak sama ada kandungan fail ads.txt anda tersedia atau tidak. Masukkan URL ads.txt anda (mis. https://example.com/ads.txt) pada penyemak imbas web anda. Jika fail ads.txt file dipaparkan pada penyemak imbas web anda, kemungkinan besar AdSense akan berjaya menemukan fail tersebut.
Tambahkan ID penerbit anda pada fail ads.txt
Jika ID penerbit anda tiada dalam fail ads.txt, anda boleh menyalin ID tersebut daripada akaun anda dan menambahkan ID itu pada fail ads.txt anda.
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Jika terdapat makluman di halaman utama anda, klik Betulkan sekarang. Jika tidak, klik Laman, kemudian klik laman dengan status ads.txt "Tidak dibenarkan".
- Klik Salin.
- Tampalkan baris pada setiap fail ads.txt anda.
Fail ads.txt anda sepatutnya dipaparkan seperti ini sekarang, dengan
pub-0000000000000000
iaitu ID penerbit anda:google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Semak pengemaskinian status ads.txt anda
Jika anda telah membuat perubahan pada fail ads.txt dan perubahan tersebut tidak ditunjukkan dalam akaun anda, anda boleh meminta AdSense menyemak semula fail ads.txt anda.
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Laman.
- Klik laman yang mahu anda semak untuk mendapatkan kemaskinian.
- Klik Semak kemaskinian.
Status ads.txt pada halaman "Laman" anda dikemaskinikan.
Langkah seterusnya
- Jika status ads.txt anda "Diizinkan" pada masa ini tetapi laman anda memerlukan semakan, klik Minta semakan untuk memulakan proses semakan.
- Jika status ads.txt anda "Diizinkan" pada masa ini, status laman anda ialah "Sedia" dan anda telah menyediakan iklan pada laman anda, maka iklan akan mula dipaparkan. Harap maklum bahawa iklan mungkin mengambil masa hingga satu jam untuk iklan dipaparkan pada halaman anda.
- Jika anda masih mengalami masalah dengan ads.txt anda, sila rujuk menyelesaikan masalah ads.txt.