Artikel ini menyediakan maklumat untuk membantu anda menyelesaikan masalah lazim ads.txt.
Masalah ini termasuk:
- Laman anda tiada fail ads.txt.
- ID penerbit anda tiada dalam fail ads.txt anda.
- Anda telah memuat naik ads.txt anda tetapi AdSense masih memerlukan anda membuat fail tersebut.
Laman anda tiada fail ads.txt
Jika laman anda tiada fail ads.txt, anda perlu membuat fail ads.txt dan melaksanakan fail tersebut dengan betul dalam akaun AdSense anda.
Ikut arahan ini untuk membuat fail ads.txt bagi laman anda.
Anda perlu menyalin dan menampal teks ini pada fail ads.txt anda dan memuat naik kepada direktori akar laman anda. Jika anda mempunyai fail ads.txt yang sedia ada, tampalkan kod tersebut pada fail tersebut. Perubahan ini mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dikemaskinikan.
Jika anda tidak pasti lokasi untuk menambahkan fail ads.txt anda, akses halaman bantuan laman anda untuk mendapatkan arahan khusus atau merujuk panduan ads.txt untuk mendapatkan butiran lanjut.
ID penerbit anda tiada dalam fail ads.txt anda
ID penerbit anda mestilah disertakan dan diformatkan dengan betul untuk membolehkan fail ads.txt anda disahkan.
Jika ID penerbit anda tiada dalam fail ads.txt anda, maka anda perlu menyalin ID tersebut daripada akaun anda dan menambahkan ID penerbit anda pada fail ads.txt anda.
Anda telah memuat naik ads.txt anda tetapi AdSense masih memerlukan anda membuat fail tersebut
AdSense memerlukan masa beberapa hari untuk merangkak dan mengesahkan fail ads.txt anda secara automatik. Sila tunggu sekurang-kurangnya masa beberapa hari untuk membolehkan status ads.txt anda dikemaskinikan. Jika laman anda tidak membuat banyak permintaan iklan, proses tersebut mungkin mengambil masa sebulan.