Ketahui lebih lanjut tentang mengurus maklumat dan aktiviti Google Account anda. Anda boleh memilih jenis aktiviti yang disimpan dalam akaun anda dan digunakan untuk memeribadikan pengalaman anda merentas perkhidmatan Google.
Semak tetapan privasi anda
Anda boleh menemukan dan menukar kebanyakan tetapan yang dijelaskan di bawah dengan pantas menggunakan Semakan Privasi.
Kawal jenis aktiviti yang akan disimpan
Gunakan Kawalan aktiviti untuk memilih jenis aktiviti yang akan disimpan dalam akaun anda. Contoh aktiviti termasuk:
- Carian yang anda lakukan
- Laman web yang anda lawati
- Video yang anda tonton
- Tempat yang anda lawati
Data aktiviti memberi anda pengalaman yang lebih baik melalui carian yang lebih pantas dan pengalaman yang lebih disesuaikan pada produk Google.
Ketahui lebih lanjut tentang cara mengawal jenis aktiviti yang akan disimpan dalam akaun anda.
Jejaki & padamkan maklumat anda
Sumber ini membantu anda menyemak & mengawal aktiviti yang disimpan dalam Google Account anda.
Edit maklumat peribadi
Lawati Perihal saya untuk mengedit maklumat peribadi anda dan orang yang boleh melihat maklumat tersebut. Maklumat ini boleh membantu orang menghubungi anda pada perkhidmatan Google seperti Gmail atau menemukan persamaan antara anda dengan mereka.
Ketahui cara mengedit maklumat peribadi anda.
Tukar tetapan iklan
Anda boleh mengawal maklumat yang digunakan oleh Google untuk menunjukkan iklan kepada anda dengan tetapan iklan.
Data ini menjadikan iklan yang anda lihat lebih berkaitan dengan minat anda.
Ketahui lebih lanjut tentang Google Ads dan tetapan iklan.
Muat turun data Google anda
Anda boleh memuat turun atau memindahkan data seperti foto, e-mel, dokumen dan kenalan pada bila-bila masa. Dengan cara itu, anda boleh memiliki kandungan yang anda buat walaupun setelah anda berhenti menggunakan perkhidmatan Google atau memadamkan Google Account anda.
Ketahui cara memuat turun data anda.