Semak e-mel daripada akaun lain

Jika anda mempunyai berbilang akaun e-mel, anda boleh menyemak akaun itu dalam Gmail. Ketahui cara menambahkan akaun e-mel lain pada apl Gmail.

Penting: Jika akaun e-mel anda yang lain tidak menyokong sambungan selamat, anda tidak akan dapat menyambung.

Dapatkan semua mesej 

Anda boleh mengimport mesej lama dan baharu daripada akaun e-mel yang lain. 

Nota: Anda hanya boleh mengalihkan mesej, bukan folder atau label daripada akaun anda yang lain.

Langkah 1: Tukar tetapan dalam akaun anda yang lain

Yahoo, Outlook atau perkhidmatan e-mel yang lain

Pastikan akaun anda yang lain mempunyai akses POP. Kemudian, tukar tetapan Gmail anda.

Akaun Gmail yang lain

  1. Pada komputer anda, log masuk ke akaun Gmail yang ingin diimport.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Mengirim semula dan POP/IMAP.
  4. Dalam bahagian "Muat Turun POP", pilih Dayakan POP untuk semua mel.
  5. Disyorkan: Di sebelah "Apabila mesej diakses dengan POP", pilih simpan salinan Gmail dalam peti masuk.
  6. Di bahagian bawah, klik Simpan Perubahan.

Langkah 2: Ubah tetapan Gmail anda

  1. Pada komputer anda, log masuk ke akaun Gmail yang ingin anda gunakan untuk mengimport e-mel.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Akaun dan import.
  4. Dalam bahagian "Semak mel daripada akaun lain", klik Tambah akaun mel.
  5. Taip alamat e-mel akaun lain itu, kemudian klik Seterusnya.
  6. Buat pilihan dan klik Seterusnya.
  7. Taip kata laluan anda.
  8. Disyorkan: Tandai kotak di sebelah pilihan di bawah:
    • "Sentiasa gunakan sambungan yang selamat (SSL) apabila mendapatkan semula mel"
    • "Labelkan mesej masuk"
    • Biarkan kotak lain tidak ditandai.
  9. Klik Tambah Akaun.

"Pelayan menolak akses POP3"

  • Jika anda menggunakan Pengesahan 2 Langkah: Masukkan kata laluan apl yang baharu.
  • Jika anda menggunakan akaun kerja atau sekolah: Dalam bahagian "Pelayan POP", masukkan mail.domain.com, kemudian pilih Port 110.
  • Jika anda menggunakan rekod MX Google dengan akaun kerja atau sekolah: Dalam bahagian "Pelayan POP", masukkan pop.gmail.com, kemudian pilih Port 995.
  • Jika anda masih tidak dapat log masuk, cuba hidupkan akses kepada apl yang kurang selamat. Anda juga mungkin perlu mematikan kod keselamatan atau teks terherot anda.

Untuk ralat lain, ketahui cara menyelesaikan masalah tentang Pengambil Mel.

Saya mendapat ralat lain

Klik Tunjukkan butiran ralat, kemudian ikut petua ini:

  • Jika POP dilumpuhkan, pergi ke halaman tetapan akaun e-mel anda yang lain dan cari jalan untuk mendayakan POP.
  • Jika POP tidak tersedia, pembekal e-mel anda mungkin tidak menyokong POP. Sebaliknya, ikut langkah di bawah untuk mengimport mesej lama, kemudian autokirim semula mesej baharu.

Untuk ralat lain, ketahui cara menyelesaikan masalah tentang Pengambil Mel.

Dapatkan mesej lama sahaja

Jika anda baru bertukar ke Gmail, anda boleh memindahkan e-mel lama daripada akaun anda yang lain.

Penting: Jika anda menggunakan Gmail untuk kerja atau sekolah dan tidak melihat pilihan import mel, maka pentadbir anda mungkin telah melumpuhkan ciri ini.

  1. Buka Gmail pada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Klik tab Akaun dan import atau Akaun.
  4. Dalam bahagian kedua, klik Import mel dan kenalan.
  5. Ikut langkah yang tertera pada skrin.
  6. Klik Mulakan import.

Untuk memberi masa kepada anda untuk memberitahu rakan tentang alamat Gmail yang baharu, kami akan mengirim semula mesej yang dihantar ke akaun anda yang lain selama 30 hari. Kami akan memaparkan alamat Gmail yang baharu selama 60 hari atau sehingga anda memadamkan peringatan itu.

Berhenti mengimport e-mel

  1. Pada komputer anda, buka akaun Gmail yang digunakan untuk mengimport e-mail.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Tetapan kemudian Lihat semua tetapan.
  3. Click tab Akaun dan import.
  4. Dalam bahagian "Semak mel daripada akaun lain", klik Padam di sebelah akaun yang ingin anda hentikan penerimaan e-mel daripadanya.

Petua: Jika anda masih menerima e-mel, semak sama ada pengiriman semula automatik telah disediakan dalam akaun anda yang lain, kemudian buat carian tentang cara mematikan tetapan itu dalam akaun anda yang lain itu. Jika anda mahu memadamkan e-mel yang sudah diimport, ketahui cara memadamkan e-mel itu. 

Kirim semula mesej baharu sahaja

Daripada alamat Gmail yang lain: Sediakan pengiriman semula automatik.

Daripada Yahoo, Outlook atau perkhidmatan e-mel yang lain: Lakukan carian tentang cara mengirim semula e-mel secara automatik daripada perkhidmatan itu.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12714272783960593887
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false