Dalam Discover, anda boleh menukar tetapan bahasa, video dan iklan anda dan menentukan jenis aktiviti yang anda kongsi dengan Google.
Nyahsembunyi atau sembunyikan cerita dalam bahasa lain
Berhenti mendapat cerita dalam bahasa lain- Pada peranti Android anda, buka apl Google atau pergi ke google.com dalam penyemak imbas anda
- Di bahagian bawah sebelah kanan kad, ketik Lagi .
- Ketik Jangan tunjukkan cerita dalam [bahasa].
Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia untuk semua kad.
Dalam apl Google
- Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda Tetapan Minat Tersembunyi.
- Di bawah "Jenis Maklumat", nyahsembunyikan bahasa yang ingin dikembalikan.
Dalam penyemak imbas anda
- Pergi ke google.com dalam penyemak imbas pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Tetapan.
- Di bawah "Discover", ketik Urus minat Tersembunyi.
- Di bawah "Jenis Maklumat", nyahsembunyikan bahasa yang ingin dikembalikan.
Tukar tetapan cuaca
- Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
- Dalam Discover, ketik kad Cuaca.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Lagi pilih Fahrenheit atau Celsius.
Kawal automain pratonton video
Video dalam Discover boleh dimainkan secara automatik tanpa bunyi. Anda boleh menghidupkan atau mematikan pratonton video ini dan menukar masa pratonton video dimainkan.
- Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda Tetapan Umum .
- Ketik Automain pratonton video .
- Pilih Jangan sekali-kali , Hanya pada Wi-Fi atau Pada Wi-Fi & data mudah alih .
Tukar tetapan pemberitahuan Discover anda
Anda boleh menukar tetepan apl Google, seperti pemberitahuan Discover atau menghidupkan atau mematikan pemberitahuan apl Google. Ketahui cara menukar pemberitahuan Google anda.
Tukar iklan yang anda dapat
Anda tidak boleh menggunakan Discover tanpa iklan, tetapi anda boleh menukar iklan yang ditunjukkan kepada anda. Anda boleh mengenal pasti kad ini melalui perkataan . Untuk berhenti melihat iklan daripada pengiklan tertentu:
- Di bahagian atas sebelah kanan iklan, ketik Lagi Mengapakah saya melihat iklan ini?
- Matikan Tunjukkan iklan daripada [pengiklan].
Untuk menukar iklan yang anda lihat, pergi ke Tetapan Iklan. Discover boleh memperibadikan iklan yang anda lihat berdasarkan sesetengah tetapan dan aktiviti Google anda. Untuk mencari dan melaraskan aktiviti yang lalu yang disimpan ke Akaun Google anda, pergi ke Aktiviti Saya.
Cari dan padamkan aktiviti Discover anda
Aktiviti Discover bersifat peribadi dan anda hanya dapat melihat aktiviti jika anda log masuk ke Akaun Google anda.
- Lawati halaman Aktiviti Saya. Anda mungkin akan diminta log masuk ke Akaun Google anda.
- Pada halaman ini, anda dapat melihat ringkasan harian kad yang dihantar oleh apl Google ke peranti anda. Anda dapat melihat sama ada setiap kad itu telah dilihat, disesuaikan atau disembunyikan.
- Untuk memadamkan aktiviti anda, pergi ke padamkan aktiviti anda.
Jenis aktiviti yang disimpan dalam Discover
Apabila anda menggunakan Discover, Google menyimpan dan menggunakan maklumat berikut dalam aktiviti anda:
- Kad dan hasil carian yang dipaparkan dalam Discover
- Kad yang anda lihat atau sesuaikan
- Topik yang anda tandai sebagai "Tidak berminat"
- Peranti yang anda gunakan untuk mengakses Discover
-
Iklan