Penting: Penjejakan harga tersedia di AS dan India sahaja.
Anda boleh menjejaki harga produk apabila anda menemukan butang Jejaki harga pada Google Search. Jika anda log masuk ke Google Account anda pada laman web atau apl Google, anda boleh menggunakan ciri Jejaki Harga.
Petua:
- Apabila terdapat penurunan harga yang ketara, anda akan mendapat pemberitahuan daripada apl Google atau pada telefon anda.
- Anda juga mungkin menerima e-mel yang merumuskan penurunan harga terbaharu pada produk yang anda jejaki.
- Harga adalah dinamik dan tertakluk pada perubahan.
- Harga hanya boleh dijejaki melalui kad Produk.
- Kad Produk mungkin tiada untuk produk yang anda cari.
Jejaki harga produk
- Buka apl Google atau penyemak imbas mudah alih anda.
- Cari produk tertentu, seperti "Google Pixel 7 Pro" atau kategori produk, seperti "telefon selular".
- Tatal untuk melihat atau membuka kad Produk jika ada.
- Ketik Jejaki harga .
- Anda akan mendapat pengesahan yang menyatakan “Anda akan mendapat pemberitahuan semerta dan e-mel berkenaan dengan penurunan harga dan kandungan yang berkaitan”.
Petua: Pastikan anda telah log masuk dan telah menghidupkan pemberitahuan.
Matikan penjejakan harga
- Pada apl mudah alih anda, akses Disimpan .
- Klik Semua item yang disimpan.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Pilih.
- Pilih item yang mahu anda alih keluar.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Alih keluar.
Tetapan pemberitahuan & e-mel
Matikan pemberitahuan mudah alih
Untuk mematikan pemberitahuan penurunan harga pada peranti Android anda:
- Buka apl Google.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap anda.
- Ketik Tetapan Pemberitahuan.
- Matikan “Shopping”.
Untuk mematikan pemberitahuan penurunan harga pada iPhone atau iPad anda:
- Buka apl Google.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap anda.
- Ketik Tetapan Pemberitahuan.
- Matikan “Shopping”.
Matikan e-mel penjejakan harga
- Buka sebarang e-mel penjejakan harga daripada “Beli-belah dengan Google”.
- Pada bahagian bawah e-mel, klik atau ketik Nyahlanggan.
Pemberitahuan berasaskan aktiviti
Berdasarkan aktiviti Google anda, anda mungkin mendapat pemberitahuan penurunan harga bagi sesuatu produk jika anda pernah menunjukkan minat pada produk itu. Untuk mematikan pemberitahuan ini, ikut arahan dalam bahagian "Tetapan pemberitahuan dan e-mel".