Cari maklumat dengan widget apl Google pada Skrin utama anda.
Untuk membuat carian, tambahkan widget apl Google pada skrin utama anda untuk mengakses:
- Google Search
- Lens
- Carian suara
- Inkognito dan pelbagai lagi
Untuk mengakses apl Google daripada mana-mana skrin utama anda, tambahkan apl tersebut pada dok anda.
Tambahkan widget apl Google pada skrin utama anda
Jika anda telah memasang apl Google baru-baru ini, anda perlu membuka apl tersebut sebelum widget dipaparkan dalam galeri widget.
Untuk menambahkan widget apl Google:
- Sentuh dan tahan skrin utama iPhone atau iPad anda.
- Pada bahagian atas, ketik Edit
Tambahkan Widget.
- Dalam bar carian, taip "Google".
- Daripada senarai hasil carian, ketik Google.
- Pilih widget keutamaan anda daripada senarai.
- Untuk mengakses Carian dengan lebih mudah, pilih widget "Search" mengikut saiz pilihan anda.
- Untuk sentiasa mengikuti perkembangan carian sohor kini, pilih Carian paling popular.
Petua:
Untuk membuat carian menggunakan kamera dan suara anda serta pelbagai lagi, muat turun apl Google.
Sesuaikan widget Carian anda
Kemas kinikan tema widget Carian anda
-
Buka apl Google
.
- Ketik Gambar profil atau parap anda
Tetapan
Widget
Tema widget.
- Pilih tema.
Kemas kinikan pintasan widget Carian anda
- Buka apl Google
.
- Ketik Gambar profil atau parap anda
Tetapan
Widget.
- Untuk menambahkan atau menukar pintasan kegemaran kepada widget, pilih nombor butang dalam bahagian "Widget sederhana".
Petua: Anda boleh memilih 4 pintasan kepada ciri apl Google yang paling kerap digunakan. Yang berikut ialah senarai pintasan yang boleh dipilih:
- Aktiviti
- Gemini
- Kerja rumah
- Inkognito
- Lens
- Tangkapan skrin
- Carian lagu
- Translate
- Translate - Kamera
- Translate - Suara
- Carian Suara
Dapatkan maklumat berguna
- Buka apl Google
.
- Ketik Gambar profil atau parap anda
Tetapan
Widget.
- Hidupkan Widget dinamik.
Tambahkan apl Google pada paparan Today
- Pada skrin utama iPhone atau iPad anda, leret ke kanan sehingga anda melihat senarai widget.
- Tatal dan ketik Edit.
- Di bawah “Lagi widget”, di sebelah apl Google, ketik Tambah
.
- Untuk iOS 14 dan ke atas, di bahagian bawah, ketik Sesuaikan.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Selesai.
Tambahkan apl Google pada dok anda
Untuk membuka apl Google dengan mudah kemudian, anda boleh menambahkannya pada dok anda:
- Pada skrin utama anda, sentuh dan tahan apl Google
.
- Ketik Edit Skrin Utama.
- Jika dok anda telah penuh: Untuk menyediakan ruang untuk apl Google, seret apl dok ke skrin utama anda.
- Seret apl Google
dok anda.
- Tekan butang Skrin Utama atau ketik Selesai.
Tambahkan widget Skrin Kunci pada iPhone anda
Penting:
- Ciri ini hanya tersedia untuk iPhone pada iOS 16 dan versi lebih baharu.
- Anda hanya boleh membuat widget untuk apl Google yang sudah dipasang pada iPhone anda.
Tambahkan & sediakan widget Skrin Kunci
- Pada iPhone anda, pergi ke Skrin Kunci.
- Buka kunci Skrin Kunci.
- Untuk menemukan mod penyesuaian, sentuh dan tahan mana-mana bahagian pada Skrin Kunci.
- Ketik Sesuaikan.
- Untuk menyesuaikan Skrin Kunci, ketik Skrin Kunci.
- Untuk menemukan galeri widget Skrin Kunci, ketik Tambahkan widget.
- Temukan dan pilih widget yang anda mahukan.
- Sentuh atau seret widget kepada bar widget Skrin Kunci.
- Untuk menyediakan widget, ketik widget selepas anda menambahkan widget itu pada Skrin Kunci.
- Pilih konfigurasi yang anda mahukan.
- Dalam galeri widget, ketik Tutup
.
- Ketik Selesai.
Untuk keluar daripada mod penyesuaian, ketik Skrin Kunci.
Sediakan widget Skrin Kunci sedia ada
- Pada iPhone anda, pergi ke Skrin Kunci.
- Buka kunci Skrin Kunci.
- Untuk menyesuaikan widget anda, sentuh dan tahan mana-mana bahagian pada Skrin Kunci.
- Ketik Sesuaikan.
- Untuk menyesuaikan Skrin Kunci, ketik Skrin Kunci.
- Untuk mengakses galeri widget Skrin Kunci, ketik widget sedia ada.
- Untuk menyediakan widget, ketik widget sekali lagi.
- Pilih konfigurasi pilihan anda.
- Dalam galeri widget, ketik Tutup
.
- Ketik Selesai.
- Untuk keluar daripada mod penyesuaian, ketik Skrin Kunci.