Hubungi pemilik laman web

Untuk mengalih keluar sesuatu daripada laman web, biasanya anda perlu berbincang dengan individu yang memiliki laman web tersebut. Walaupun anda menemukan laman tersebut pada Google, Google bukan pemilik laman web itu.

Sebab berbincang dengan pemilik laman web

Walaupun Google mengeluarkan laman web atau gambar daripada hasil carian kami, halaman tersebut masih ada. Hal ini bermakna, pengguna masih boleh menemukan laman web atau gambar tersebut jika mereka menaip URL kepada laman tersebut, melalui perkongsian media sosial atau daripada enjin carian lain.
Tindakan terbaik adalah dengan berbincang dengan pemilik laman web kerana mereka boleh mengalih keluar halaman tersebut.
Petua: Jika gambar atau maklumat dipaparkan ketika anda membuat carian pada Google, gambar atau maklumat itu ada di Internet. Namun, tidak semestinya Google bersetuju dengan perkara ini.

Cara menghubungi pemilik laman web

Yang berikut merupakan beberapa cara berbincang dengan individu yang memiliki laman web:
  1. Pautan "Hubungi kami": Cari pautan “Hubungi kami” atau alamat e-mel bagi pemilik laman web. Lazimnya, maklumat tersebut terdapat pada halaman utama laman.
  2. Cari maklumat hubungan dengan Whois: Anda boleh menggunakan Google untuk mengetahui individu yang memiliki laman web tersebut. Akses google.com dan cari whois www.example.com. Alamat e-mel untuk menghubungi pemilik laman web lazimnya boleh didapati dalam bahagian "E-mel Pendaftar" atau "Orang Hubungan Pentadbiran".
  3. Berbincang dengan syarikat pengehosan laman web: Hasil carian Whois juga memberitahu anda pihak yang mengehoskan laman web tersebut. Jika anda tidak dapat menghubungi pemilik laman web, cuba berbincang dengan syarikat yang mengehos laman tersebut.
Jika pemilik laman web telah menukar laman web seperti yang anda minta, anda boleh meminta Google untuk mengeluarkan maklumat lama daripada carian. Untuk berbuat demikian, hantar permintaan pengalihan keluar laman web.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
13211001329645239558
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false