Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Cari halaman web, imej & pelbagai lagi daripada apl Google Go

Anda boleh mencari halaman web, imej dan pelbagai lagi daripada apl Google Go. Google Go berfungsi dengan cepat pada pelbagai peranti dan sambungan Internet.
Google Go ialah apl carian lalai pada peranti Android Go.

Semak sama ada anda mempunyai versi apl yang terkini

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, pergi ke apl Google Go Google Go.
  2. Ketik Kemas kini. Jika "Dipasang" kelihatan, itu bermakna anda sudah mempunyai versi terkini.

 

Cari halaman web, imej, GIF & pelbagai lagi

 

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Ketik kategori seperti Carian, Imej atau GIF.
  3. Cari sesuatu, kemudian ketik Pergi.

 

Buat carian menggunakan suara anda

 

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Daripada bar carian, ketik Mikrofon .
  3. Sebutkan istilah carian anda.

Untuk melakukan carian suara daripada halaman utama, ketik Carian suara.

Baca, dengar dan cari dengan Lens Go

Dengan ciri Lens Go Google Go, anda boleh menggunakan kamera pada telefon anda untuk menterjemah perkataan bertulis, membaca perkataan itu dengan kuat dalam bahasa asal dan mencari frasa yang serupa di web.

Terjemah teks dalam foto

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Di sebelah kanan bar carian atau dalam bahagian “Apl Popular”, ketik Lens .
  3. Ambil gambar perkataan yang ingin difahami.
  4. Selepas Lens memproses imej itu, ketik Terjemah .

Terjemah  menggunakan bahasa pilihan anda dalam Go secara lalai.
Petua: Di bahagian atas sebelah kanan, anda boleh menukar bahasa terjemahan jika anda ketik Lagi kemudian Tukar bahasa terjemahan.

Dengar teks dalam imej

Sebaik sahaja Lens Go mentafsirkan teks imej, anda boleh menetapkan agar teks itu dibacakan dengan lantang.  
  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Di sebelah kanan bar carian atau dalam bahagian “Apl Popular”, ketik Lens .
  3. Ambil gambar perkataan yang ingin didengar.
  4. Selepas Lens memproses imej itu, ketik Dengar di bahagian bawah.
Petua: Anda juga boleh mendengar terjemahan.

Cari maklumat tentang objek di sekitar anda

Sebaik sahaja Lens Go mentafsirkan teks imej, anda boleh melakukan carian di Internet menggunakan  teks itu. 

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Di sebelah kanan bar carian atau dalam bahagian "Apl Popular", ketik Lens .
  3. Ambil gambar perkataan yang ingin dicari.
  4. Sebaik sahaja Lens memproses imej itu, ketik Cari di bahagian bawah.
Petua: Anda juga boleh melakukan carian menggunakan terjemahan.

Dapatkan kemas kini tentang minat anda

Anda boleh mendapatkan kemas kini untuk minat anda, seperti rancangan TV atau pasukan sukan kegemaran anda.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka apl Google Go Google Go.
  2. Di bahagian atas, ketik Discover  atau leret ke kanan daripada skrin utama.

 

Tukar tetapan lain

 

Tambah atau alih keluar apl & tapak

  1. Buka apl Google Go Google Go pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Tambah, alih keluar atau susun semula apl atau tapak:
    • Tambah
      1. Di bawah "Apl", ketik Tambah .
      2. Cari apl kegemaran anda, kemudian sentuh dan tahan apl itu. Apl itu akan ditambahkan pada skrin utama anda.
    • Alih keluar
      1. Pada skrin utama, cari apl yang ingin dialih keluar.
      2. Ketik dan tahan ikon apl kemudian Alih keluar.

Untuk mencari pelbagai lagi tapak dan apl, leret ke kiri daripada skrin utama dan ketik satu kategori di bahagian atas halaman "Semua Apl".

Dapatkan hasil carian dalam bahasa lain

Untuk melakukan carian dalam bahasa lain, anda perlu menambahkan bahasa tersebut dahulu.

  1. Buka apl Google Go Google Go pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan .
  3. Di bawah "Bahasa", ketik Pilih bahasa kedua untuk Carian.
  4. Pilih bahasa.
  5. Cari sesuatu, kemudian ketik Pergi.
  6. Di atas bar carian, ketik bahasa yang diingini untuk hasil carian anda.

Urus tetapan Google Go anda

  1. Buka apl Google Go Google Go pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan .
  3. Pilih tetapan yang hendak dikemas kini:
    • Kertas dinding: Sesuaikan kertas dinding anda.
    • Bahasa: Tukar bahasa apl atau tambahkan bahasa kedua untuk Carian.
    • Data: Gunakan mod ringkas untuk menunjukkan halaman web asas dan menjimatkan data.
    • Akaun: Tukar kepada Akaun Google lain, urus sejarah carian dan aktiviti Akaun Google anda yang lain.
    • Pemberitahuan: Jika anda melakukan carian di luar talian atau mengalami masalah menyambung ke Wi-Fi, dapatkan pemberitahuan apabila halaman web telah dimuatkan atau apabila hasil carian sudah sedia.
    • SafeSearch: Tapis hasil carian eksplisit.

Padamkan Aktiviti Web & Apl

  1. Buka apl Google Go Google Go pada telefon atau tablet Android anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan .
  3. Di bawah "Akaun", ketik Aktiviti saya.
  4. Di atas sejarah anda, ketik Padam Anak panah ke bawah kemudian Padamkan sepanjang masa.

Ketahui cara mengurus dan memadamkan sejarah Carian anda.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14747604172863104807
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false