Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Urus maklumat kenalan daripada peranti anda

Anda boleh memilih untuk menyimpan maklumat tentang kenalan daripada peranti log masuk pada Google Account anda, termasuk sama ada anda menghubungi mereka dengan kerap atau tidak. Data ini digunakan untuk memudahkan interaksi dengan kenalan ini merentas perkhidmatan Google, tanpa mengira peranti yang anda gunakan.

  1. Akses bahagian Orang & Perkongsian pada Google Account anda.
  2. Di bawah "Kenalan", pilih Maklumat kenalan daripada peranti anda.
  3. Hidupkan atau matikan Simpan maklumat kenalan daripada peranti log masuk anda.

Nota: Tetapan ini tidak menjejaskan penyimpanan maklumat kenalan oleh perkhidmatan Google yang lain, seperti Google Contacts atau Sandaran Android. Tidak semua perkhidmatan Google menyimpan atau menggunakan data ini.

Padamkan maklumat kenalan daripada peranti anda

Maklumat kenalan daripada peranti dipadamkan daripada Google Account apabila anda mematikan tetapan ini. Kenalan anda tidak akan dipadamkan daripada peranti anda.

Cara maklumat kenalan daripada peranti anda membantu anda

Data ini membantu Google mengenal pasti kenalan yang perlu dihubungkan dengan anda. Sebagai contoh, apabila anda menyebut perkara seperti “Ok Google, hubungi Sam” kepada Google Assistant atau peranti pintar, data ini membantu untuk memilih kenalan yang betul untuk dihubungi.

Sebab maklumat kenalan daripada peranti anda dihidupkan

Sebelum ini, data yang disimpan oleh tetapan Maklumat kenalan daripada peranti anda disimpan oleh tetapan Maklumat Peranti. Untuk memastikan pengalaman anda konsisten, tetapan Maklumat kenalan daripada peranti anda akan dihidupkan jika tetapan Maklumat Peranti anda dihidupkan. Anda boleh mematikan Maklumat kenalan daripada peranti anda pada bila-bila masa.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2921335950062793159
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false