Apabila anda melakukan carian pada Google dengan “Aktiviti Web & Apl” dihidupkan, Google menyimpan aktiviti seperti sejarah carian anda pada Google Account anda. Langkah ini membantu Google meningkatkan hasil carian dan cadangan anda.
Dengan Aktiviti Saya, anda boleh:
- Memadamkan sejarah carian yang disimpan pada Google Account anda.
- Menukar tetapan carian anda. Anda boleh memilih aktiviti yang disimpan oleh Google dan masa Google memadamkan sejarah anda.
Anda juga boleh memadamkan semua aktiviti anda, dan bukan hanya sejarah Google Search. Ketahui cara memadamkan aktiviti anda.
Padamkan sejarah carian anda
Penting: Setelah anda memadamkan sejarah carian, anda tidak boleh mendapatkan sejarah carian itu kembali.
Anda boleh memadamkan satu carian atau semua sejarah carian anda daripada hari atau minggu tertentu, atau secara kekal.
- Pada komputer anda, akses sejarah carian dalam Aktiviti Saya anda.
- Pilih sejarah carian yang mahu anda padamkan.
- Semua Sejarah carian anda: Klik Padam
Padamkan sepanjang masa.
- Padamkan carian daripada tempoh masa: Klik Padam
Padamkan julat tersuai.
- Padamkan carian daripada hari: Temukan hari, kemudian klik Padamkan semua aktiviti daripada [hari]
.
- Padamkan satu carian: Temukan carian, kemudian klik Padamkan item aktiviti
.
- Semua Sejarah carian anda: Klik Padam
Petua: Anda boleh mengurus aktiviti anda dalam Akses dan kawal aktiviti dalam akaun anda.
Apabila anda menggunakan apl Google semasa anda log keluar dari Google Account anda, sejarah carian anda boleh disimpan pada komputer anda.
Berhenti menyimpan sejarah carian anda
- Pada komputer anda, akses sejarah carian dalam Aktiviti Saya anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, klik Kawalan.
- Dalam bahagian "Aktiviti Web & Apl", klik Matikan.
- Klik Matikan atau Matikan dan padamkan aktiviti.
- Jika anda memilih “Matikan dan padamkan aktiviti”, ikut langkah untuk memilih aktiviti yang mahu dipadamkan.
Petua: Sejarah carian anda tidak disimpan pada Google Account anda apabila anda membuat carian dan menyemak imbas dalam Mod inkognito.
Padamkan sejarah carian anda secara automatik
Penting: Jika anda menetapkan sejarah carian anda kepada pemadaman secara automatik, anda masih boleh memadamkan sejarah carian itu.
- Pada komputer anda, akses sejarah carian dalam Aktiviti Saya anda.
- Pada bahagian atas sebelah kiri, klik Kawalan.
- Temukan "Aktiviti Web & Apl".
- Klik pilihan dalam bahagian "Autopadam (Mati)" atau "Autopadam (Hidup)".
- Pilih perkara yang mahu dilakukan.
- Berdasarkan masa anda mahu memadamkan sejarah carian anda secara automatik, klik Autopadam aktiviti yang sudah melebihi dan pilih:
- 3 bulan
- 18 bulan
- 36 bulan
- Jika anda tidak mahu memadamkan sejarah carian anda secara automatik, klik Jangan autopadam aktiviti.
- Berdasarkan masa anda mahu memadamkan sejarah carian anda secara automatik, klik Autopadam aktiviti yang sudah melebihi dan pilih:
- Klik Seterusnya.
Tukar sejarah carian yang disimpan pada komputer anda
Padamkan sejarah penyemak imbasWalaupun sejarah carian anda tidak disimpan pada Google Account anda, atau anda memadamkan sejarah carian itu daripada Aktiviti Saya, penyemak imbas anda mungkin menjejaki sejarah carian tersebut.
Anda boleh memadamkan sejarah penyemak imbas anda dalam:
- Chrome: Ketahui cara memadamkan sejarah penyemakan imbas dan data semakan imbas yang lain.
- Penyemak imbas lain: Temukan arahan dalam penyemak imbas anda.
Jika anda dilog keluar daripada Google Account anda apabila anda membuat carian pada Google, anda mungkin menemukan syor yang berkaitan dengan carian terbaharu anda. Jika anda tidak mahukan syor ini, matikan penyesuaian carian.
- Pada komputer anda, akses Google.
- Pada bahagian bawah, klik Tetapan
Tetapan carian
Penyesuaian carian.
- Matikan Penyesuaian carian.
Cara Google memadamkan sejarah dalam Google Account anda
Apabila anda memilih untuk memadamkan aktiviti secara manual atau automatik, tindakan tersebut memulakan pengalihan keluar aktiviti anda daripada produk dan sistem.
Matlamat kami yang pertama adalah untuk mengalih keluar aktiviti tersebut daripada paparan dan data itu tidak boleh digunakan untuk memeribadikan pengalaman Google anda lagi.
Kemudian kami akan memulakan proses yang direka bentuk untuk memadamkan data daripada sistem storan kami dengan selamat dan sepenuhnya.