Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Urus rakaman audio dalam Aktiviti Web & Apl anda

Anda boleh memilih jika anda mahu Google menyimpan aktiviti suara dan audio dalam Google Account anda pada pelayan Google apabila anda berinteraksi dengan Google Search, Assistant dan Maps. Suara dan audio anda boleh membantu Google membangunkan dan meningkatkan teknologi pengecaman audio serta perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi tersebut.

Tetapan aktiviti suara dan audio ini dimatikan melainkan anda memilih untuk menghidupkan tetapan itu.

Penting: Berdasarkan tetapan lain, rakaman audio mungkin disimpan di tempat lain.

Hidupkan atau matikan aktiviti suara dan audio

  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Data & privasi.
  3. Di bawah "Tetapan sejarah," klik Aktiviti Web & Apl.
  4. Di sebelah "Sertakan aktiviti suara dan audio", tanda atau nyahtanda kotak itu.

Apabila tetapan aktiviti suara dan audio ini dimatikan, rakaman audio daripada interaksi suara dengan Google Search, Assistant dan Maps tidak akan disimpan pada Google Account anda pada pelayan Google, walaupun anda telah log masuk. Jika anda mematikan tetapan aktiviti suara dan audio, audio yang disimpan sebelum ini tidak akan dipadamkan. Anda boleh memadamkan rakaman audio anda pada bila-bila masa.

Cari atau padamkan rakaman audio anda

Cari rakaman audio anda

Penting: Berdasarkan tetapan lain, rakaman audio mungkin disimpan di tempat lain.

  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Data & privasi.
  3. Di bawah "Tetapan sejarah," klik Aktiviti Web & Apl kemudian Urus aktiviti. Pada halaman ini, anda boleh:
    • Melihat senarai aktiviti masa lalu: Item dengan ikon audio Sebut mengandungi rakaman.
    • Memainkan rakaman: Bersebelahan Audio Sebut, klik Butiran kemudian Lihat rakaman kemudian Mainkan Main.

Berbilang rakaman audio: Anda mungkin melihat berbilang rakaman audio yang berkaitan dengan aktiviti jika terdapat beberapa peranti dengan Google Assistant didayakan memproses audio anda. Kami menggunakan audio ini untuk meningkatkan teknologi kami yang menentukan peranti yang sepatutnya memberikan balasan kepada anda.

Jika anda menerima mesej "Transkrip tidak tersedia", hal itu bermakna mungkin terdapat terlalu banyak hingar latar semasa aktiviti itu.

Anda boleh memuat turun audio anda yang disimpan dalam Google Account anda menggunakan Google Takeout. Ketahui cara memuat turun audio dan data Google anda yang lain.

Petua: Untuk menambah lagi keselamatan, anda boleh menetapkan langkah pengesahan tambahan untuk melihat sejarah penuh pada Aktiviti Saya.

Padamkan rakaman audio daripada Aktiviti Web & Apl anda

Penting: Berdasarkan tetapan lain, rakaman audio mungkin disimpan di tempat lain.

Padamkan item satu demi satu

  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Data & privasi.
  3. Di bawah "Tetapan sejarah," klik Aktiviti Web & Apl kemudian Urus aktiviti. Pada halaman ini, anda akan menemukan senarai aktiviti masa lalu. Item dengan ikon audio Sebut mengandungi rakaman.
  4. Di sebelah item yang ingin dipadamkan, pilih Lagi Lagi kemudian Padam.

Padamkan semua item sekali gus

Penting: Langkah ini akan memadamkan semua Aktiviti Web & Apl anda dan bukan item yang mengandungi rakaman sahaja.

  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Data & privasi.
  3. Di bawah "Tetapan sejarah," klik Aktiviti Web & Apl kemudian Urus aktiviti. Pada halaman ini, anda akan menemukan senarai aktiviti masa lalu. Item dengan ikon audio Sebut mengandungi rakaman.
  4. Di bahagian atas aktiviti anda, klik Padam kemudian Sepanjang masa.
  5. Ikut arahan pada skrin.

Padamkan rakaman audio anda secara automatik

Penting: Langkah ini akan menghidupkan pilihan autopadam bagi semua item Aktiviti Web & Apl anda, dan bukan item yang mengandungi rakaman audio sahaja.

  1. Pergi ke Google Account anda pada komputer.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Data & privasi.
  3. Di bawah "Tetapan sejarah," klik Aktiviti Web & Apl Kemudian Urus aktiviti.
  4. Di bahagian atas aktiviti anda, dalam bar carian, pilih Lagi Lagi Kemudian Kekalkan aktiviti untuk.
  5. Klik butang untuk tempoh anda mahu mengekalkan aktiviti anda Kemudian Seterusnya Kemudian Sahkan.

Google mungkin memadamkan rakaman audio anda daripada pelayan Google lebih awal daripada rangka masa yang anda pilih sebaik sahaja rakaman audio tersebut tidak diperlukan lagi dalam pembangunan dan peningkatan teknologi pengecaman audio Google dan perkhidmatan yang menggunakan rakaman audio tersebut. Sebagai contoh, lama-kelamaan mungkin sedikit sahaja audio diperlukan bagi sesetengah bahasa.

Perihal tetapan aktiviti suara & audio ini

Apabila anda bercakap dengan perkhidmatan Google, Google akan menggunakan teknologi pengecaman audio untuk memproses audio anda dan memberikan balasan. Sebagai contoh, jika anda menyentuh ikon mikrofon untuk membuat carian menggunakan suara, teknologi pengecaman audio Google akan menterjemahkan butiran percakapan anda kepada perkataan dan frasa yang akan dicari oleh Search dalam indeks untuk memberi anda hasil yang paling berkaitan.

Aktiviti Web & Apl menyimpan perkara yang anda lakukan pada laman, apl dan perkhidmatan Google dalam Google Account anda pada pelayan Google. Aktiviti Web & Apl boleh menyertakan maklumat yang berkaitan seperti lokasi. Interaksi tertentu mungkin tidak disimpan.

Dengan tetapan aktiviti suara dan audio pilihan ini, anda juga boleh menyimpan rakaman audio dengan Aktiviti Web & Apl apabila anda berinteraksi dengan Google Search, Assistant dan Maps. Tetapan aktiviti suara dan audio ini dimatikan melainkan anda memilih untuk menghidupkan tetapan itu.

Tetapan ini memberikan kesan di mana-mana tempat anda log masuk ke Search, Assistant dan Maps, contohnya, Assistant pada apl Google Assistant dan juga pembesar suara pintar Google Home.

Cara rakaman audio digunakan

Google menggunakan audio yang disimpan apabila tetapan ini dihidupkan untuk membangunkan dan meningkatkan teknologi pengecaman audio dan perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi itu, seperti Google Assistant.

Proses semakan audio

Untuk sesetengah peningkatan teknologi audio, sampel audio yang disimpan pada pelayan Google apabila tetapan ini dihidupkan dianalisis oleh penyemak terlatih yang mendengar, mentranskripsikan dan mencatat kandungan audio tersebut supaya perkhidmatan Google boleh mentafsirkan audio dengan lebih baik, sebagai contoh, butiran percakapan seseorang dalam persekitaran yang bising atau dalam bahasa tertentu. Kami mengambil langkah untuk melindungi privasi anda sebagai sebahagian daripada proses ini, seperti menyahkaitkan audio anda daripada akaun anda apabila penyemak menganalisis audio tersebut.

Proses ini membantu perkhidmatan memahami perkara yang dikatakan oleh pengguna kepada perkhidmatan tersebut dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, Google telah menambah baik pengecaman pertuturan automatik untuk bahasa yang kekurangan data dengan melatih satu model pada audio yang ditranskripsikan daripada bahasa yang kaya dengan data, yang membolehkan pengecaman pertuturan berbilang bahasa masa nyata.

Teknologi suara

Penting: Maklumat ini terpakai jika anda menghidupkan aktiviti suara dan audio selepas 6 Jun 2022.

Sesetengah teknologi audio Google, seperti Voice Match, boleh memadankan suara yang serupa, membezakan suara atau dipertingkatkan dengan suara yang unik. Jika anda menggunakan Google Assistant dengan Voice Match dan anda telah menghidupkan tetapan aktiviti suara dan audio ini, Google juga mungkin memproses secara sementara model suara anda daripada audio yang anda simpan untuk membangunkan dan meningkatkan teknologi suara Google dan perkhidmatan Google yang menggunakan teknologi tersebut. Ketahui cara suara anda berfungsi dengan tetapan lain.

Kami mengambil langkah untuk melindungi privasi anda sebagai sebahagian daripada proses ini. Sebagai contoh, jika model suara anda diproses daripada audio yang disimpan, model tersebut akan dinyahkaitkan daripada akaun anda, diproses secara sementara untuk menambah baik teknologi pengecaman audio kami, kemudian dipadamkan. Setiap tika pemprosesan suara ini mungkin mengambil masa hingga 7 hari. Model suara mungkin dianggap sebagai data biometrik dalam sesetengah bidang kuasa.

Apabila tetapan aktiviti suara & audio ini dihidupkan

Apabila tetapan aktiviti suara dan audio dihidupkan untuk Aktiviti Web & Apl anda, Google akan menyimpan rakaman audio apabila anda berinteraksi dengan Google Search, Assistant dan Maps dalam Google Account anda.

Audio disimpan apabila peranti anda mengesan pengaktifan. Peranti mungkin menyokong pelbagai jenis pengaktifan, seperti, "Ok Google", frasa ringkas yang anda hidupkan, perbualan berterusan atau sentuhan mikrofon. Sesetengah peranti menyertakan beberapa saat sebelum pengaktifan untuk merakam permintaan yang lengkap.

Audio mungkin disimpan jika peranti anda tersilap mengesan pengaktifan, seperti hingar yang kedengaran seperti “Ok Google”. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem kami dalam mengurangkan pengaktifan yang tidak disengajakan.

Jika anda menggunakan peranti tanpa sambungan Internet, audio mungkin disimpan dalam Google Account anda selepas peranti anda bersambung semula kepada Internet.

Apabila tetapan aktiviti suara & audio ini dimatikan

Jika anda mematikan tetapan aktiviti suara dan audio ini, Google tidak lagi menyimpan rakaman audio dalam Google Account anda pada pelayan Google dengan menggunakan Aktiviti Web & Apl anda apabila anda berinteraksi dengan Google Search, Assistant dan Maps. Google akan terus memproses audio anda untuk memberikan respons kepada anda apabila anda bercakap dengan perkhidmatan Google.

Tindakan mematikan tetapan aktiviti suara dan audio tidak akan mematikan tetapan audio Assistant yang berasingan.

Apabila tetapan aktiviti suara dan audio dimatikan, Google tidak akan menggunakan audio yang disimpan sebelum ini semasa tetapan ini dihidupkan untuk meningkatkan teknologi suara seperti Voice Match. Audio yang disimpan sebelum ini mungkin terus digunakan untuk meningkatkan teknologi audio lain melainkan anda memadamkan audio tersebut.

Anda boleh memadamkan audio yang disimpan sebelum ini dalam Aktiviti Web & Apl anda di activity.google.com.

Tempat lain yang mungkin digunakan untuk menyimpan rakaman audio

Tetapan aktiviti suara dan audio ini tidak menjejaskan:

  • Audio yang disimpan dan diurus oleh perkhidmatan Google lain, seperti Google Voice dan YouTube.
  • Audio yang disimpan pada peranti anda bagi tujuan seperti menyediakan dan memperhalus Voice Match peribadi anda atau memeribadikan teknologi audio pada peranti anda.

Proses pembelajaran mesin lain yang tidak dikawal oleh tetapan ini mungkin digunakan untuk meningkatkan teknologi pengecaman audio dengan pembelajaran bersekutu atau pembelajaran efemeral.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menambah baik model pertuturan.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama