Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Lihat dan kawal aktiviti carian & penyemakan imbas anda

Sejarah carian dan penyemakan imbas anda disimpan dalam Akaun Google anda jika Aktiviti Web & Apl dihidupkan. Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, anda mungkin mendapat hasil carian dan cadangan yang lebih baik di seluruh perkhidmatan Google:

Anda mengawal data yang disimpan. Anda juga boleh memadamkan aktiviti carian dan penyemakan imbas yang lepas atau mematikan aktiviti Web & Apl pada bila-bila masa.

Hidupkan atau matikan Aktiviti Web & Apl

  1. Bergantung pada peranti anda, buka tetapan Google di satu daripada lokasi berikut:
    • Apl Tetapan Tetapandan kemudian Google
    • Tetapan Google
  2. Ketik Maklumat peribadi & privasi dan kemudian Kawalan aktiviti dan kemudianAktiviti Web & Apl dan kemudian hidupkan atau matikan suis.
  3. Jika anda menghidupkan suis, anda boleh menandai kotak di sebelah "Sertakan sejarah penyemakan imbas Chrome serta aktiviti daripada tapak web dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google".
    • Jika kotak ini ditandai, anda boleh mengawal sama ada aktiviti apl daripada peranti anda disimpan atau tidak. Ketik Data daripada peranti ini, kemudian hidupkan atau matikan suis. Nota: Pada sesetengah peranti, kotak pilihan digunakan sebagai ganti suis untuk tetapan ini.

Nota: Sesetengah penyemak imbas dan peranti mungkin mempunyai lebih banyak tetapan yang mempengaruhi cara aktiviti ini disimpan.

Lihat atau padamkan Aktiviti Web & Apl

Anda boleh mencari dan memadamkan aktiviti carian dan penyemakan imbas anda dengan melawati Aktiviti Saya. Ketahui lebih lanjut tentang cara melihat dan mengawal aktiviti atau cara memadamkan aktiviti.

Data yang disimpan sebagai Aktiviti Web & Apl

Aktiviti Web & Apl

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, Google menyimpan maklumat seperti:

  • Carian dan perkara lain yang anda lakukan pada produk dan perkhidmatan Google, seperti Carian dan Peta
  • Maklumat sambungan anda, termasuk lokasi, bahasa dan sama ada anda menggunakan penyemak imbas atau apl
  • Iklan yang anda berikan respons dengan mengklik iklan itu sendiri atau membeli sesuatu di tapak web pengiklan
  • Alamat IP anda
  • Hasil carian yang dikembalikan, termasuk hasil carian daripada maklumat pada peranti anda (seperti apl terbaru atau nama kenalan yang anda cari) dan hasil carian daripada produk Google yang lain

Nota: Aktiviti mungkin disimpan walaupun semasa anda tidak bersambung ke Internet.

Aktiviti daripada Chrome, tapak web dan apl

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan dan anda menandai kotak di sebelah "Sertakan sejarah penyemakan imbas Chrome serta aktiviti daripada tapak web dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google", Google akan menyimpan maklumat seperti:

  • Sejarah penyemakan imbas Chrome anda. Maklumat ini membantu anda melihat hasil dan cadangan yang lebih tepat. Sebagai contoh, jika anda membaca banyak artikel tentang pasukan sukan kegemaran, anda mungkin melihat pilihan untuk menerima kemas kini berita tentang pasukan itu. Nota: Sejarah Chrome anda hanya disimpan jika anda log masuk ke Akaun Google dan telah menghidupkan Penyegerakan Chrome.
  • Tapak web dan apl yang anda gunakan dan data yang dikongsikannya dengan Google. Maklumat ini membolehkan anda melihat perkara yang pernah anda lihat di tapak web dan apl lain dalam hasil carian Google.
  • Aktiviti anda di tapak web dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google. Perkhidmatan ini termasuk perkara seperti peta terbenam dan kotak carian serta iklan yang disampaikan oleh Google di tapak web dan apl lain.

Nota: Bukan tapak web dan apl yang menyimpan Aktiviti Web & Apl dalam akaun anda.

Cara aktiviti yang disimpan digunakan

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan aktiviti yang disimpan dan cara kami mengekalkan kerahsiaannya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Google mengendalikan pertanyaan carian secara umum, lihat Soalan Lazim Dasar Privasi.

Cara Aktiviti Web & Apl berfungsi setelah anda log keluar

Hasil carian dan iklan anda boleh diperibadikan menggunakan aktiviti berkaitan carian walaupun setelah anda log keluar. Untuk mematikan penyesuaian carian sebegini, anda boleh mencari dan menyemak imbas secara tertutup.

Sejarah penyemak imbas

Carian anda dan tapak yang anda lawati mungkin turut disimpan pada penyemak imbas atau Bar Alat Google. Ketahui cara memadamkan sejarah anda di Chrome, Bar Alat, Safari, Internet Explorer atau Firefox.