Cari & kawal Aktiviti Web & Apl anda

Aktiviti Web & Apl menyimpan carian dan aktiviti anda daripada perkhidmatan Google yang lain dalam Google Account anda. Anda boleh mendapatkan pengalaman yang lebih diperibadikan, seperti:

  • Carian yang lebih cepat
  • Lebih banyak apl yang berguna
  • Syor kandungan

Anda boleh mematikan Aktiviti Web & Apl atau memadamkan aktiviti lalu pada bila-bila masa.

Petua: Jika anda memperoleh Google Account anda melalui majikan anda atau institusi pendidikan, anda mungkin perlu meminta pentadbir anda menghidupkan Aktiviti Web & Apl untuk membolehkan organisasi anda menggunakan perkhidmatan ini.

Hidupkan atau matikan Aktiviti Web & Apl

  1. Akses halaman Kawalan aktiviti pada komputer anda. Anda mungkin akan diminta untuk log masuk ke Google Account anda.
  2. Hidupkan atau matikan Aktiviti Web & Apl.
  3. Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan:
    • Anda boleh menandai kotak bersebelahan "Sertakan sejarah dan aktiviti Chrome daripada laman, apl dan peranti yang menggunakan perkhidmatan Google".
    • Anda boleh menandai kotak bersebelahan "Sertakan aktiviti suara dan audio".
  4. Apabila anda mematikan Aktiviti Web & Apl:
    • Pilih Matikan, kemudian pilih Matikan atau Matikan dan padamkan aktiviti.
    • Jika anda memilih Matikan dan padamkan aktiviti, ikut langkah untuk memilih dan mengesahkan aktiviti yang mahu dipadamkan.

Petua: Sesetengah penyemak imbas dan peranti mungkin mengandungi lebih banyak tetapan yang mempengaruhi cara aktiviti ini disimpan.

Temukan atau padamkan Aktiviti Web & Apl pada Aktiviti Google Saya

Anda boleh menemukan dan memadamkan Aktiviti Web & Apl anda pada Aktiviti Google Saya

Petua: Untuk menambahkan lagi keselamatan, anda boleh menetapkan langkah pengesahan tambahan untuk melihat sejarah penuh anda pada Aktiviti Saya.

 

Data yang disimpan sebagai Aktiviti Web & Apl

Maklumat tentang carian anda & aktiviti lain

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, Google menyimpan maklumat seperti:

  • Carian dan aktiviti pada produk serta perkhidmatan Google, seperti Maps dan Play.
  • Maklumat yang dikaitkan dengan aktiviti anda, seperti bahasa anda, perujuk, sama ada anda menggunakan penyemak imbas atau apl atau jenis peranti yang anda gunakan.
    • Aktiviti juga boleh merangkumi maklumat tentang lokasi anda daripada kawasan umum dan alamat IP peranti anda. Ketahui tentang lokasi.
  • Iklan yang anda klik atau item yang anda beli pada laman pengiklan.
  • Maklumat pada peranti anda, seperti carian terbaharu untuk apl atau nama kenalan.
  • Interaksi Assistant, termasuk jika Google Assistant mengesan pengaktifan yang anda lakukan secara tidak sengaja.

Petua: Aktiviti mungkin disimpan walaupun semasa anda berada luar talian.

Maklumat tentang penyemakan imbas anda dan aktiviti lain pada laman, apl serta peranti yang menggunakan perkhidmatan Google

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, anda boleh menyertakan aktiviti tambahan seperti:

  • Laman dan apl yang bekerjasama dengan Google untuk menyiarkan iklan
  • Laman dan apl yang menggunakan perkhidmatan Google, termasuk data yang dikongsikan oleh apl dengan Google
  • Sejarah penyemakan imbas Chrome anda
  • Penggunaan & diagnostik Android, seperti paras kuasa bateri dan ralat sistem

Untuk membolehkan Google menyimpan maklumat ini:

  • Aktiviti Web & Apl mestilah dihidupkan.
  • Kotak bersebelahan "Sertakan sejarah dan aktiviti Chrome daripada laman, apl dan peranti yang menggunakan perkhidmatan Google" mestilah ditandai.

Sejarah Chrome anda hanya disimpan jika anda log masuk ke Chrome dan menyegerakkan sejarah anda. Ketahui tentang log masuk ke Chrome.

Nota: Jika anda menggunakan peranti dikongsi atau log masuk dengan beberapa akaun, aktiviti mungkin disimpan pada akaun lalai pada penyemak imbas atau peranti yang anda gunakan.

Rakaman audio

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, anda boleh menyertakan rakaman audio daripada interaksi anda dengan Google Search, Assistant dan Maps sebagai sebahagian daripada aktiviti anda. Ketahui tentang rakaman audio.

Untuk membolehkan Google menyimpan maklumat ini:

  • Aktiviti Web & Apl mestilah dihidupkan.
  • Kotak bersebelahan "Sertakan aktiviti suara dan audio" mestilah ditandai.
Sejarah Carian Visual

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, anda boleh menyertakan imej yang anda gunakan untuk membuat carian sebagai sebahagian daripada aktiviti anda. Ketahui lebih lanjut tentang Sejarah Carian Visual anda dan lokasi asal imej anda mungkin disimpan.

Untuk membolehkan Google menyimpan maklumat ini:

  • Aktiviti Web & Apl mestilah dihidupkan.
  • Kotak bersebelahan “Sertakan Sejarah Carian Visual” perlu ditandai.

Cara penggunaan aktiviti anda yang disimpan

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan aktiviti anda yang disimpan dan memastikan aktiviti tersebut kekal rahsia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Google mengendalikan pertanyaan carian secara umum, semak Soalan Lazim Dasar Privasi.

Cara Aktiviti Web & Apl berfungsi setelah anda log keluar

Hasil carian dan iklan anda mungkin disesuaikan menggunakan aktiviti berkaitan carian walaupun setelah anda log keluar. Untuk mematikan penyesuaian carian sebegini, anda boleh membuat carian dan menyemak imbas secara peribadi. Ketahui cara membuat carian & menyemak imbas secara peribadi.

Sejarah penyemak imbas

Untuk mengawal sama ada peranti anda menyimpan aktiviti anda atau tidak: 

  1. Akses halaman Kawalan aktiviti.
  2. Tandai kotak bersebelahan "Sertakan sejarah dan aktiviti Chrome daripada laman, apl dan peranti yang menggunakan perkhidmatan Google". 

Penyemak imbas anda juga mungkin menyimpan carian anda dan laman yang anda lawati. Ketahui cara memadamkan sejarah anda pada:

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama