Carian Selamat: Hidupkan atau matikan

Carian Selamat boleh membantu anda menyekat imej yang tidak sesuai atau eksplisit dari hasil carian Google anda. Penapis Carian Selamat bukanlah 100% tepat tetapi ini membantu anda mengelakkan kebanyakan kandungan dewasa.

Hidupkan atau matikan Carian Selamat

Komputer

Hidupkan atau matikan Carian Selamat

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Cari bahagian "Penapis Carian Selamat".
    • Hidupkan Carian Selamat dengan menandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
    • Matikan Carian Selamat dengan menyahtandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
  3. Klik Simpan di bahagian bawah halaman.

Biarkan Carian Selamat dihidupkan

Anda boleh mengunci Carian Selamat untuk mencegah orang lain, seperti anak anda atau sesiapa yang meminjam komputer anda daripada mematikan Carian Selamat jika anda telah menghidupkannya. Untuk memastikan Carian Selamat dihidupkan, klik Kunci Carian Selamat di halaman Tetapan. Ketahui lebih lanjut mengenai mengunci Carian Selamat.

Tetapan Carian Selamat saya asyik dimatikan

Carian Selamat patut kekal hidup jika kuki didayakan pada komputer anda. Jika anda memadamkan kuki anda, tetapan Carian Selamat anda mungkin ditetapkan semula.

Pembekal perkhidmatan Internet (ISP) atau pentadbir rangkaian anda boleh mengatasi tetapan Carian Selamat anda. Jika anda rasa tetapan Carian Selamat yang anda pilih tidak digunakan pada hasil carian anda, hubungi ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Penyemak imbas telefon
  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Cari bahagian "Penapis Carian Selamat".
    • Hidupkan Carian Selamat dengan memilih Tapis hasil carian eksplisit.
    • Matikan Carian Selamat dengan memilih Tunjukkan hasil carian paling berkaitan.
  3. Sentuh Simpan di bahagian bawah halaman.
Apl Android
  1. Buka apl Google .
  2. Di sudut kiri sebelah atas halaman, klik ikon Menu menu icon > Tetapan > Akaun & privasi.
  3. Tatal ke bawah ke "Penapis Carian Selamat".
    • Hidupkan Carian Selamat dengan menandai kotak.
    • Matikan Carian Selamat dengan menyahtandai kotak.
Apl iPhone atau iPad
  1. Buka apl Google .
  2. Di penjuru kiri sebelah atas skrin utama, sentuh ikon gear . (Jika anda berada dalam Google Now, tatal ke bawah untuk kembali ke skrin utama.)
  3. Sentuh Carian Selamat.
  4. Pilih tetapan Pintar atau Tegas.
  5. Sentuh Selesai.
Penyemak imbas tablet

Hidupkan atau matikan Carian Selamat

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Cari bahagian "Penapis Carian Selamat".
    • Hidupkan Carian Selamat dengan menandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
    • Matikan Carian Selamat dengan menyahtandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
  3. Sentuh Simpan di bahagian bawah halaman.

Biarkan Carian Selamat dihidupkan

Anda boleh mengunci Carian Selamat untuk mencegah orang lain, seperti anak anda atau sesiapa yang meminjam komputer anda daripada mematikan Carian Selamat jika anda telah menghidupkannya. Untuk memastikan Carian Selamat dihidupkan, sentuh Kunci Carian Selamat di halaman tetapan. Ketahui lebih lanjut mengenai mengunci Carian Selamat.

Tetapan Carian Selamat saya asyik dimatikan

Carian Selamat sepatutnya kekal hidup jika kuki didayakan pada tablet anda. Jika anda memadamkan kuki anda, tetapan Carian Selamat anda mungkin ditetapkan semula.

Pembekal perkhidmatan Internet (ISP) atau pentadbir rangkaian anda boleh mengatasi tetapan Carian Selamat anda. Jika anda rasa tetapan Carian Selamat yang anda pilih tidak digunakan pada hasil carian anda, hubungi ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cara Carian Selamat berfungsi

Apabila Carian Selamat dihidupkan, video dan imej seks eksplisit akan ditapis dari halaman hasil Carian Google, bersama-sama hasil carian yang mungkin memaut ke kandungan eksplisit.

Apabila Carian Selamat dimatikan, kami akan memberi hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda dan mungkin termasuk kandungan eksplisit apabila anda mencarinya.

Laporkan kandungan yang tidak sesuai

Kami sedaya upaya cuba memastikan penapis Carian Selamat bersifat menyeluruh seboleh-bolehnya, tetapi kadangkala imej seksual seperti porno atau kebogelan tetap terlepas. Jika anda telah menetapkan Carian Selamat untuk menapis hasil carian eksplisit tetapi masih melihat tapak atau imej yang tidak wajar, sila beritahu kami.

Laporkan halaman web Laporkan imej

Komputer

  1. Klik imej yang tidak sesuai pada halaman hasil carian.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan imej, klik Hantar maklum balas.

Penyemak imbas telefon

Jika anda menggunakan penyemak imbas mudah alih seperti Chrome atau Safari, ikut arahan di bawah untuk melaporkan imej yang tidak sesuai:

  1. Sentuh imej untuk membuka versi lebih besar imej tersebut.
  2. Sentuh ikon menu pada sudut kanan sebelah bawah halaman. Menu
  3. Sentuh Hantar maklum balas.

Tablet

  1. Sentuh imej yang tidak sesuai pada halaman hasil carian.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan imej, sentuh Hantar maklum balas.

Kunci Carian Selamat

Jika anda menggunakan komputer atau tablet, anda boleh mengunci Carian Selamat untuk mencegah orang lain daripada mematikan Carian Selamat jika anda menghidupkannya. Langkah ini membantu jika anda mempunyai anak atau membiarkan orang lain menggunakan komputer anda.

Kunci atau buka kunci Carian Selamat
  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Hidupkan Carian Selamat, tandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
  3. Untuk mengunci Carian Selamat, klik pautan Kunci Carian Selamat bersebelahan "Tapis hasil carian eksplisit." Pada masa ini, anda mungkin akan diminta untuk log masuk.
  4. Selepas anda melog masuk, sahkan anda mahu mengunci Carian Selamat dengan mengklik Kunci Carian Selamat.
  5. Anda akan melihat halaman pengesahan sebaik sahaja kunci dihidupkan.

Untuk membuka kunci Carian Selamat, ikut arahan yang sama dan klik Buka kunci Carian Selamat, bukan Kunci Carian Selamat..

Kunci Carian Selamat pada bebilang penyemak imbas & peranti
  • Jika anda mempunyai lebih daripada satu penyemak imbas pada komputer atau tablet, anda perlu menetapkan kunci pada setiap penyemak imbas pada komputer atau tablet anda.
  • Jika komputer atau tablet anda mempunyai lebih daripada satu profil pengguna, anda perlu menetapkan kunci pada setiap profil.
  • Kunci Carian Selamat hanya berfungsi jika penyemak imbas anda mendayakan kuki.
Petua mengunci Carian Selamat untuk pentadbir rangkaian

Jika anda menggunakan proksi pada trafik web, anda mungkin boleh mengkonfigurasi proksi bagi menambahkan &safe=strict untuk semua permintaan carian yang dihantar kepada Google. Parameter ini mendayakan Carian Selamat yang tegas untuk semua carian, tanpa mengira tetapan pada halaman Keutamaan Google.

Teknik ini tidak akan berfungsi pada carian yang dilakukan menggunakan Carian SSL. Ketahui lebih lanjut mengenai Carian SSL

Cara hendak mengetahui sama ada Carian Selamat dikunci

Apabila kunci Carian Selamat dihidupkan, anda akan melihat mesej 'Carian Selamat dikunci' dan bola berwarna di bahagian atas semua halaman carian.

lock safesearch screenshot