Sekat hasil carian eksplisit di Google menggunakan SafeSearch

Anda boleh menapis hasil carian eksplisit di Google, seperti pornografi, dengan menggunakan tetapan SafeSearch. SafeSearch tidak 100% tepat. Akan tetapi SafeSearch dapat membantu anda mengelakkan daripada hasil carian yang eksplisit dan tidak sesuai pada telefon, tablet atau komputer anda.

Cara SafeSearch berfungsi

Apabila SafeSearch dihidupkan, fungsi ini menyekat imej, video dan tapak web eksplisit daripada hasil Carian Google. 

Apabila SafeSearch dimatikan, kami akan memberikan hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda dan mungkin termasuk kandungan eksplisit apabila anda mencarinya.

Hidupkan atau matikan SafeSearch

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Di bahagian "Penapis SafeSearch", tandai atau nyahtandai kotak di sebelah "Hidupkan SafeSearch".
  3. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan.

Selesaikan masalah berhubung SafeSearch

Saya melihat kandungan yang tidak sesuai apabila SafeSearch dihidupkan

Kami sedaya upaya cuba memastikan penapis SafeSearch bersifat menyeluruh seboleh-bolehnya, tetapi kadangkala kandungan eksplisit seperti pornografi atau kebogelan tetap terlepas. Jika anda telah menghidupkan SafeSearch tetapi masih melihat tapak atau imej yang tidak sesuai, sila maklumkan kepada kami.

Laporkan tapak

Laporkan kandungan yang menyinggung perasaan.

Laporkan imej

Jika anda membuat carian di images.google.com dan melihat imej yang anda hendak laporkan:

Komputer

  1. Pada halaman hasil carian imej, klik imej yang ingin dilaporkan.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda, di bawah imej yang berkaitan, klik Hantar maklum balas.

Telefon atau tablet

  1. Pada halaman hasil carian imej, ketik imej yang ingin dilaporkan.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, ketik Lagi Lagi dan kemudian Hantar maklum balas.
Tetapan SafeSearch saya asyik dihidupkan

Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau pentadbir rangkaian anda boleh menetapkan agar SafeSearch sentiasa dihidupkan.

Jika anda berpendapat tetapan SafeSearch rangkaian anda mengatasi tetapan individu anda, hubungi ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tetapan SafeSearch saya asyik dimatikan
  • Jika anda membenarkan kuki, SafeSearch sepatutnya kekal sepertimana yang anda tetapkan.
  • Jika anda memadamkan kuki, tetapan SafeSearch anda mungkin ditetapkan semula.