Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Hidupkan atau matikan SafeSearch

SafeSearch dapat membantu anda menyekat imej yang tidak sesuai atau eksplisit daripada hasil Carian Google anda. Penapis SafeSearch bukanlah 100% tepat tetapi fungsi ini membantu anda mengelakkan kebanyakan kandungan dewasa.

Hidupkan atau matikan SafeSearch

  1. Lawati halaman Tetapan Carian.
  2. Di bahagian "Penapis SafeSearch", tandai atau nyahtandai kotak di sebelah "Hidupkan SafeSearch".
  3. Di bahagian bawah halaman, klik Simpan.

Cara SafeSearch berfungsi

Apabila SafeSearch dihidupkan, video dan imej seks eksplisit akan ditapis daripada halaman hasil Carian Google, bersama-sama hasil carian yang mungkin memaut ke kandungan eksplisit.

Apabila SafeSearch dimatikan, kami akan memberikan hasil carian yang paling berkaitan untuk carian anda dan mungkin termasuk kandungan eksplisit apabila anda mencarinya.

Pastikan SafeSearch dikunci

Jika anda menggunakan komputer atau tablet, anda boleh mengunci SafeSearch untuk menghalang orang lain mematikan SafeSearch jika anda telah menghidupkannya. Langkah ini berguna jika anda mempunyai anak atau membenarkan orang lain menggunakan komputer anda.

Kunci atau buka kunci SafeSearch
  1. Lawat halaman Tetapan Carian.
  2. Untuk menghidupkan SafeSearch, tandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
  3. Untuk mengunci SafeSearch, klik pautan Kunci SafeSearch di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit". Pada masa ini, anda mungkin akan digesa supaya log masuk.
  4. Selepas log masuk, sahkan bahawa anda mahu mengunci SafeSearch dengan mengklik Kunci SafeSearch.
  5. Anda akan melihat halaman pengesahan sebaik sahaja kunci dihidupkan.

Untuk membuka kunci SafeSearch, ikut arahan yang sama tetapi klik Buka Kunci SafeSearch dan bukannya Kunci SafeSearch.

Kunci SafeSearch pada berbilang penyemak imbas & peranti
  • Jika anda mempunyai lebih daripada satu penyemak imbas pada komputer atau tablet, anda perlu menetapkan kunci pada setiap penyemak imbas pada komputer atau tablet anda.
  • Jika komputer atau tablet anda mempunyai lebih daripada satu profil pengguna, anda perlu menetapkan kunci pada setiap profil.
  • Kunci SafeSearch hanya berfungsi jika penyemak imbas anda mendayakan kuki.
Petua mengunci SafeSearch untuk pentadbir rangkaian

Jika anda menggunakan proksi pada trafik web, anda mungkin boleh mengkonfigurasi proksi bagi menambahkan &safe=strict untuk semua permintaan carian yang dihantar kepada Google. Parameter ini mendayakan SafeSearch tegas untuk semua carian, tanpa mengira tetapan pada halaman Pilihan Google.

Teknik ini tidak akan berfungsi pada carian yang dilakukan menggunakan Carian SSL. Ketahui lebih lanjut mengenai Carian SSL

Cara untuk mengetahui sama ada SafeSearch dikunci

Apabila kunci SafeSearch dihidupkan, anda akan melihat mesej 'SafeSearch dikunci' dan bola berwarna di bahagian atas semua halaman carian.

lock safesearch screenshot

Selesaikan masalah dengan SafeSearch

Saya melihat kandungan yang tidak wajar apabila SafeSearch dihidupkan

Kami sedaya upaya cuba memastikan penapis SafeSearch bersifat menyeluruh seboleh-bolehnya, tetapi kadangkala imej seksual seperti porno atau kebogelan tetap terlepas. Jika anda telah menetapkan SafeSearch untuk menapis hasil carian eksplisit tetapi masih melihat tapak atau imej yang tidak wajar, sila beritahu kami.

Laporkan tapak Laporkan imej

Komputer

  1. Klik imej yang tidak sesuai pada halaman hasil carian.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan imej, klik Hantar maklum balas.

Penyemak imbas telefon

Jika anda menggunakan penyemak imbas mudah alih seperti Chrome atau Safari, ikut arahan di bawah untuk melaporkan imej yang tidak sesuai:

  1. Sentuh imej untuk membuka versi lebih besar imej tersebut.
  2. Sentuh ikon menu pada sudut kanan sebelah bawah halaman. More
  3. Sentuh Hantar maklum balas.

Tablet

  1. Sentuh imej yang tidak sesuai pada halaman hasil carian.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan imej, sentuh Hantar maklum balas.
Tetapan SafeSearch saya asyik mati

SafeSearch sepatutnya kekal hidup jika kuki didayakan pada komputer anda. Jika anda memadamkan kuki anda, tetapan SafeSearch anda mungkin ditetapkan semula.

Pembekal perkhidmatan Internet (ISP) atau pentadbir rangkaian anda boleh mengatasi tetapan SafeSearch anda. Jika anda merasakan tetapan SafeSearch yang anda pilih tidak digunakan pada hasil carian anda, hubungi ISP atau pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.