Anda boleh menyekat kandungan tidak sesuai semasa anda menggunakan Google Search dengan SafeSearch. Ciri ini berguna di sekolah, untuk keluarga atau untuk penggunaan peribadi. Kandungan tidak sesuai termasuk:
- Kebogelan atau kandungan eksplisit
- Keganasan dan kengerian
Ketahui perihal dasar kandungan Google Search dengan lebih lanjut.
Penting: SafeSearch hanya berfungsi pada Google Search. Ciri ini tidak menjejaskan kandungan pada enjin carian atau laman web lain.
Tukar tetapan SafeSearch
Akses tetapan SafeSearchJika anda mempunyai Google Account, anda boleh mengurus SafeSearch untuk akaun peribadi atau penyemak imbas anda.
- Pada komputer anda, akses tetapan SafeSearch anda.
- Pilih Penapis, Kaburkan atau Matikan.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, jika anda menemukan ikon Kunci
, tetapan SafeSearch anda telah dikunci.
- Petua: Halaman tetapan memberikan maklumat tentang pengurus tetapan SafeSearch anda. Ketahui sebab tetapan SafeSearch anda dikunci dengan lebih lanjut.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, jika anda menemukan ikon Kunci
Petua: Untuk mengurus tetapan SafeSearch anda, pada bahagian atas sebelah kanan hasil carian Google Search, klik gambar profil atau parap anda.
Ketahui cara SafeSearch berfungsi
Pada Google Search, SafeSearch berusaha mengenal pasti dan menapis kandungan tidak sesuai.
- Tapis: Menyekat semua hasil carian eksplisit.
- Tetapan ini ialah tetapan lalai apabila sistem Google menunjukkan bahawa anda mungkin berumur bawah 18 tahun.
- Kabur: Mengaburkan imej eksplisit. Tetapan ini ialah tetapan lalai jika fungsi "Tapis" tidak digunakan.
- Tetapan ini mengaburkan imej eksplisit tetapi teks dan pautan eksplisit boleh dipaparkan jika teks dan pautan tersebut berkaitan dengan carian anda.
- SafeSearch Dimatikan: Menunjukkan semua hasil carian termasuk kandungan eksplisit.
Anda tidak boleh menukar tetapan SafeSearch jika tetapan diurus oleh orang lain. Contohnya:
- Ibu bapa atau pihak sekolah boleh mengunci SafeSearch.
- Sesetengah rangkaian Wi-Fi awam menguatkuasakan SafeSearch.
Ketahui pengguna yang boleh menukar tetapan SafeSearch
- Jika anda mengurus Google Account sendiri, anda boleh menukar tetapan SafeSearch.
- Jika ibu bapa mengurus akaun anda pada apl Family Link, hanya ibu bapa yang boleh menukar tetapan SafeSearch anda.
- Jika anda masih bersekolah dan berumur bawah 18 tahun atau berkaitan dengan institusi K-12, hanya pihak sekolah yang boleh menukar tetapan ini.
- Pentadbir peranti atau rangkaian anda boleh mengunci SafeSearch pada "Tapis".
Urus tetapan SafeSearch untuk orang lain
Tukar tetapan SafeSearch anak anda pada apl Family LinkSelesaikan isu berkaitan SafeSearch
Ketahui cara menyelesaikan masalah berkaitan SafeSearch.
Laporkan kandungan tidak sesuai
Jika anda menemukan kandungan tidak sesuai semasa SafeSearch dihidupkan, laporkan kandungan tersebut kepada Google.