Jadikan Google Search lebih selamat dengan SafeSearch

Anda boleh menyekat kandungan tidak sesuai semasa anda menggunakan Google Search dengan SafeSearch. Ciri ini berguna di sekolah, untuk keluarga atau untuk penggunaan peribadi. Kandungan tidak sesuai termasuk:

  • Kebogelan atau kandungan eksplisit
  • Keganasan dan kengerian

Ketahui perihal dasar kandungan Google Search dengan lebih lanjut.

Penting: SafeSearch hanya berfungsi pada Google Search. Ciri ini tidak menjejaskan kandungan pada enjin carian atau laman web lain.

Tukar tetapan SafeSearch

Akses tetapan SafeSearch

Jika anda mempunyai Google Account, anda boleh mengurus SafeSearch untuk akaun peribadi atau penyemak imbas anda.

  1. Pada komputer anda, akses tetapan SafeSearch anda.
  2. Pilih Penapis, Kaburkan atau Matikan.

Petua: Untuk mengurus tetapan SafeSearch anda, pada bahagian atas sebelah kanan hasil carian Google Search, klik gambar profil atau parap anda.

Ketahui cara SafeSearch berfungsi

Pada Google Search, SafeSearch berusaha mengenal pasti dan menapis kandungan tidak sesuai.

  • Tapis: Menyekat semua hasil carian eksplisit.
    • Tetapan ini ialah tetapan lalai apabila sistem Google menunjukkan bahawa anda mungkin berumur bawah 18 tahun.
  • Kabur: Mengaburkan imej eksplisit. Tetapan ini ialah tetapan lalai jika fungsi "Tapis" tidak digunakan.
    • Tetapan ini mengaburkan imej eksplisit tetapi teks dan pautan eksplisit boleh dipaparkan jika teks dan pautan tersebut berkaitan dengan carian anda.
  • SafeSearch Dimatikan: Menunjukkan semua hasil carian termasuk kandungan eksplisit.

Anda tidak boleh menukar tetapan SafeSearch jika tetapan diurus oleh orang lain. Contohnya:

  • Ibu bapa atau pihak sekolah boleh mengunci SafeSearch.
  • Sesetengah rangkaian Wi-Fi awam menguatkuasakan SafeSearch.

Ketahui pengguna yang boleh menukar tetapan SafeSearch

Urus tetapan SafeSearch untuk orang lain

Tukar tetapan SafeSearch anak anda pada apl Family Link
SafeSearch ditetapkan kepada "Tapis" secara lalai untuk kanak-kanak yang log masuk ke akaun yang diurus dengan Family Link dan kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun, atau umur yang bersesuaian di negara atau rantau anda. Untuk akaun jenis ini, hanya ibu bapa boleh menukar tetapan SafeSearch. Ketahui cara Mengurus Search pada Google Account anak anda.
Kunci tetapan SafeSearch untuk peranti & rangkaian yang anda urus
Jika anda mahu menjamin hasil carian SafeSearch pada peranti lain yang anda urus, seperti PC atau MacBook, anda boleh memetakan domain Google kepada forcesafesearch.google.com. Ketahui cara Mengunci SafeSearch untuk akaun, peranti dan rangkaian yang anda urus.

Selesaikan isu berkaitan SafeSearch

Ketahui cara menyelesaikan masalah berkaitan SafeSearch.

Laporkan kandungan tidak sesuai

Jika anda menemukan kandungan tidak sesuai semasa SafeSearch dihidupkan, laporkan kandungan tersebut kepada Google.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
5355727965158318801
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
100334
false
false
false
false