Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Pemberitahuan "Laman ini boleh membahayakan komputer anda"

Anda akan melihat mesej "Laman ini boleh membahayakan komputer anda" di bawah URL laman itu apabila kami berpendapat laman yang akan anda lawati mungkin membenarkan atur cara memasang perisian hasad pada komputer anda.

Perkara yang akan berlaku sekiranya anda melawati laman ini

Perisian hasad boleh membenarkan atur cara yang tidak diingini mencuri kata laluan dan nombor kad kredit, memperlahankan komputer anda atau mengubah hasil carian anda. Kami mengesyorkan agar anda tidak melawati laman ini sehingga mesej ini hilang daripada hasil carian.

Petua: Jika anda berpendapat bahawa laman web telah memuat turun perisian hasad pada komputer anda, ketahui cara melaporkan muat turun hasad dan memastikan peranti anda bersih.

Alih keluar mesej daripada laman anda

Notis "Laman ini boleh membahayakan komputer anda" tidak akan dialih keluar sehingga pemilik laman web mengambil tindakan.

Cuba langkah ini untuk membetulkan isu jika mesej ini dipaparkan pada laman anda:

  1. Daftar dan sahkan laman anda dalam Konsol Carian Google.
  2. Log masuk ke Konsol Carian dan semak bahagian "Isu Keselamatan" untuk melihat butiran URL sampel yang mungkin dijangkiti. Betulkan isu keselamatan yang membolehkan laman web anda dijangkiti. Jika tidak, laman anda mungkin akan dijangkiti semula.
  3. Baca sumber untuk laman yang digodam bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang cara membetulkan laman web anda.
  4. Minta laman web anda disemak dalam bahagian Isu Keselamatan pada Konsol Carian apabila keseluruhan laman web anda sudah bersih dan selamat. Selepas kami menentukan bahawa laman anda sudah dibetulkan, kami akan mengalih keluar pemberitahuan "Laman ini boleh membahayakan komputer anda".

Masih memerlukan bantuan? Siarkan soalan dalam Forum Bantuan Pusat Search yang membolehkan pakar Google Search Console membantu anda menyelesaikan masalah.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
false
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9468207034934316179
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false