Cara menggunakan Buku Google

Pada Buku Google, anda boleh membaca, memuat turun, memetik serta menterjemah buku dan majalah. Sesetengah buku disediakan oleh penerbit, manakala yang lain diimbas sebagai sebahagian daripada Projek Pustaka.

Baca, muat turun, petik, paut atau terjemah buku atau majalah

  1. Lawati Buku Google.
  2. Cari tajuk, pengarang, ISBN atau kata kunci. 
  3. Untuk mencari dengan menggunakan penapis, lakukan carian terperinciKetahui tentang bilangan halaman buku yang boleh anda lihat.
  4. Klik tajuk.
  5. Untuk memuat turun, memetik, memaut atau menterjemah, ikut langkah di bawah. 

Muat turun buku

Anda boleh memuat turun beberapa buku dan majalah untuk dibaca kemudian atau dicetak secara percuma.

  1. Di bahagian atas sebelah kiri, tuding pada e-Buku - Percuma.
  2. Di sebelah "Muat turun", klik PDF atau EPUB.

Jika anda tidak melihat "e-Buku - Percuma", klik Beli e-Buku. Ini akan memberi anda pilihan untuk membeli buku itu.

Petik buku

  1. Di sebelah kiri, klik Perihal buku ini.
  2. Tatal ke bawah ke bahagian "Maklumat bibliografi". Anda akan melihat maklumat yang boleh digunakan untuk memetik buku itu.

Salin atau terjemah sebahagian daripada buku

  1. Di bahagian atas halaman, klik Potong Potong. Pilihan ini tidak tersedia untuk semua buku.
  2. Pilih teks dalam buku itu.
  3. Untuk menyalin teks sebagai perkataan, di bawah "Teks pemilihan", pilih dan salin teks itu.
  4. Untuk menyalin teks sebagai imej, di bawah "Imej" atau "Benam", salin URL.
  5. Untuk menterjemah teks, klik Terjemah.

Sekiranya anda tidak melihat pilihan untuk menyalin atau menterjemah teks, itu bermakna penerbit tidak menjadikannya tersedia untuk buku ini.

Paut kepada buku

Ketahui cara memaut kepada tajuk individu pada Buku Google.

Selesaikan masalah lazim

Anda tidak dapat melihat buku atau majalah

Cuba pembetulan lazim berikut:

  1. Matikan mana-mana pemalam atau sambungan penyekat iklan. Ketahui cara untuk mematikan sambungan.
  2. Gunakan penyemak imbas lain, seperti Chrome atau Safari, untuk membuka Buku Google.
  3. Ikut langkah untuk mengosongkan cache dan kuki penyemak imbas anda.

Jika anda masih mengalami masalah, hubungi kami.

Anda tidak dapat melihat buku penuh

Pemilik belum bersetuju untuk menunjukkan seluruh buku atau buku mungkin tidak diimbas sepenuhnya.

  • Untuk mencari buku itu dalam pustaka: Di sebelah kiri, klik Dapatkan buku versi cetak kemudian Cari dalam pustaka.
  • Untuk membeli buku itu dalam talian: Di sebelah kiri, klik Dapatkan buku versi cetak, kemudian pilih peruncit.
  • Jika anda percaya buku itu tersedia dalam domain awam di negara anda, minta kami membuat semakan.
  • Jika anda memiliki buku atau majalah itu dan ingin membenarkan Buku Google menunjukkan lebih banyak kandungan, tuntut buku itu.