Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Cari imej yang boleh digunakan dengan bebas

Apabila anda melakukan Carian Google, anda boleh menapis hasil carian untuk mencari imej, video atau teks yang anda miliki kebenaran untuk menggunakannya. Untuk melakukannya, gunakan penapis Carian Terperinci yang dipanggil "hak penggunaan" yang memberitahu anda apabila anda boleh menggunakan, berkongsi atau mengubah suai sesuatu yang anda temui dalam talian.

Cari imej, teks dan video yang boleh anda gunakan semula

  1. Pergi ke Carian Imej Terperinci untuk imej atau Carian Terperinci untuk perkara lain.
  2. Dalam kotak "semua perkataan ini", taip perkataan yang ingin anda cari.
  3. Dalam bahagian "Hak penggunaan", gunakan menu lungsur untuk memilih jenis lesen yang anda ingin gunakan untuk kandungan.
  4. Pilih Carian Terperinci.

Nota: Sebelum menggunakan semula kandungan, pastikan lesen kandungan itu sah dan semak syarat penggunaan semula yang tepat. Sebagai contoh, lesen mungkin memerlukan anda memberikan kredit kepada pencipta imej apabila anda menggunakan imej itu. Google tidak dapat menentukan sama ada label lesen adalah sah, jadi kami tidak tahu jika kandungan berlesen mengikut undang-undang.

Jenis hak penggunaan

  • Bebas untuk digunakan atau dikongsikan: Membenarkan anda menyalin atau mengedar semula kandungan jika kandungan itu kekal tidak diubah.
  • Bebas untuk digunakan, dikongsikan atau diubah suai: Membenarkan anda menyalin, mengubah suai atau mengedar semula dalam cara yang dinyatakan dalam lesen.
  • Secara komersial: Jika anda inginkan kandungan untuk kegunaan komersial, pastikan anda membuat pilihan yang menyertakan perkataan "secara komersial".

Bagaimana hak penggunaan berfungsi

Hak penggunaan membantu anda mencari kandungan yang boleh anda gunakan melebihi pengunaan wajar. Pemilik tapak boleh menggunakan lesen untuk memberitahu anda sama ada kandungan di tapak mereka boleh digunakan semula serta caranya.

Penapis hak penggunaan dalam Carian Terperinci menunjukkan kepada anda kandungan yang dilabelkan dengan lesen Creative Commons atau lesen yang serupa atau kandungan yang terdapat dalam domain awam. Untuk imej, penapis hak penggunaan juga menunjukkan anda imej yang dilabelkan dengan lesen Dokumentasi Bebas GNU.

Laporkan hak penggunaan yang tidak betul

Jika anda menemui kandungan dengan hak penggunaan yang salah dalam hasil carian, beritahu kami dalam Forum Carian Google.