Anda boleh menggunakan suara anda untuk melakukan pelbagai tindakan seperti melakukan carian, mendapatkan arah dan membuat peringatan. Sebagai contoh, untuk mengetahui sama ada hujan diramalkan turun, sebut, "Hey Google, adakah saya perlu membawa payung esok?"
Penting: Pada sesetengah peranti, anda hanya boleh menyebut "Ok Google."
Hidupkan carian suara
- Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda
.
- Di bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda
Tetapan
Suara.
- Di bawah "Ok Google", ketik Voice Match.
- Hidupkan Ok Google.
Mulakan carian suara
- Buka apl Google pada telefon atau tablet Android anda
.
- Sebut "Ok Google" atau ketik Mikrofon
.
Tukar tetapan "Ok Google" anda
Tetapan boleh berbeza-beza mengikut peranti dan versi apl Google. Tidak semua tetapan tersedia untuk semua bahasa.
Ketahui cara menukar tetapan apl Google anda.
Masa anda boleh menyebut "Ok Google"
- Hey Google:
Jika skrin dihidupkan atau peranti sedang dicas, anda boleh menyebut "Hey Google" daripada mana-mana skrin. Tetapan ini boleh menghalang sesetengah perkhidmatan suara lain yang menggunakan sebutan laluan atau perintah bangkit daripada berfungsi. - Semasa memandu:
Anda boleh menyebut "Hey Google" semasa menggunakan Peta Google dan Android Auto. - Sentiasa hidup:
Anda boleh menyebut "Hey Google" sama ada skrin anda dihidupkan atau tidak.
Apabila skrin anda dikunci
- Buka kunci dengan Voice Match:
Apabila anda menyebut "Hey Google" daripada skrin kunci yang selamat dan kami dapat mengecam bunyi suara anda, anda boleh meminta Google mengambil tindakan untuk anda atau melawati tapak web tanpa perlu membuka kunci peranti anda secara manual. - Hasil carian peribadi:
Lihat hasil carian peribadi untuk carian suara anda, walaupun semasa peranti anda dikunci.
Model suara "Hey Google"
- Ulang semula model suara:
Ajar Google bunyi suara anda sekali lagi. Cuba langkah ini jika Google tidak mengecam suara anda apabila anda menyebut "Hey Google". Jika tetapan ini tidak dipaparkan, pastikan "Hey Google" dihidupkan. - Padamkan model suara pada peranti:
Alih keluar bunyi suara yang telah diajar kepada Google untuk mengecam suara anda pada peranti itu.
- Jika anda menggunakan apl Google pada beberapa peranti, hidupkan "Ok Google" pada setiap peranti.
- Pastikan anda mempunyai versi terbaharu apl Google. Dapatkan versi ini pada Gedung Play anda.
- Pastikan anda mempunyai versi Android terbaharu yang tersedia untuk telefon anda. Ketahui cara mengemas kini versi Android anda.
Ketahui cara menyelesaikan isu berkaitan "Ok Google".
Padamkan rakaman audio "Ok Google"
Apabila anda menyediakan Assistant untuk menggunakan Voice Match, rakaman audio yang dibuat oleh model suara anda disimpan pada Akaun Google anda. Anda boleh mencari dan memadamkan rakaman ini daripada Akaun Google anda.
- Pergi ke myactivity.google.com pada telefon atau tablet Android anda.
- Di atas aktiviti anda, dalam bar carian, ketik Lagi
Aktiviti Google yang Lain.
- Di bawah "Pendaftaran Voice dan Face Match," ketik Lihat data.
- Ketik Padam semua pendaftaran
Padam.
Cara anda boleh menggunakan suara anda
Jika carian suara tersedia dalam bahasa dan di negara anda, anda boleh menyebut kebanyakan contoh berikut. Sesetengahnya tidak tersedia dalam setiap bahasa.
Tetapkan penggera: "Tetapkan penggera pada pukul 7:00 pagi" atau "Tetapkan penggera pada pukul 7:00 pagi setiap hari Jumaat".
Tetapkan peringatan: "Ingatkan saya untuk memanggil Johan pada pukul 6:00 petang" atau "Ingatkan saya untuk membeli dodol di Medan Mara".
Lihat mesej SMS (teks): "Tunjukkan kepada saya mesej daripada Borhan tentang makan malam".
Buat acara Kalendar Google: "Buat acara kalendar untuk makan malam di Kuala Lumpur, hari Sabtu pukul 7:00 malam".
Lihat bil anda yang akan datang: "Bil saya" atau "Bil Astro 2013 saya".
Semak jadual anda: "Bagaimanakah keadaan hari saya esok?" atau "Bilakah mesyuarat saya yang seterusnya?"
Telefon rakan: "Telefon Siti Saleha" atau "Telefon Ibu".
Hantar teks kepada rakan: "Hantar teks kepada Jazlan memaklumkan saya lewat 5 minit."
Hantar mesej sembang Hangouts: "Hantar mesej Hangouts kepada Badrul" atau "Mulakan sembang Hangouts".
Mulakan panggilan video Hangouts: "Mulakan panggilan video" atau "Buat panggilan video dengan Juriah menggunakan Hangouts".
Hantar e-mel: "Hantar e-mel kepada Khatijah, subjek, kasut baharu, mesej, saya tidak sabar ingin tunjukkan kasut baharu saya kepada awak, noktah."
Semak mel suara anda: "Dengar mel suara".
Mainkan muzik: "Mainkan Macklemore" atau "Mainkan Can't Hold Us".
Kenal pasti lagu: "Apakah tajuk lagu ini?"
Cari muzik baharu: "Apakah lagu yang dinyanyikan oleh Akim and the Majistret?"
Mainkan stesen radio daripada Google Play: "Mainkan muzik".
Tonton filem daripada Google Play: "Tonton Frozen".
Ketahui tentang rancangan TV yang sedang anda tonton: "Apakah yang sedang disiarkan pada TV?"
Baca buku daripada Google Play: "Baca Ender's Game".
Cari filem: "Apakah filem yang ditayangkan malam ini?" atau "Di manakah Hunger Games ditayangkan?"
Cari imej: "Tunjukkan saya gambar Jambatan Pulau Pinang".
Ambil foto atau rakam video: "Ambil gambar" atau "Rakam video".
Dapatkan arah: "Navigasi ke Tesco" atau "Arah ke Megan Avenue, Kuala Lumpur".
Cari tempat yang berhampiran: "Di manakah kedai kopi yang terdekat?"
Rancang perjalanan anda: "Apakah antara tarikan di Kota Kinabalu?"
Cari rancangan perjalanan: "Tunjukkan penerbangan saya" atau "Di manakah hotel saya?"
Tempah meja: "Tempah meja untuk 2 orang di Saloma Bistro pada Rabu malam".
Ketahui masa: "Pukul berapakah di London sekarang?"
Semak cuaca: "Adakah saya memerlukan baju hujan hari ini?" atau "Bagaimanakah keadaan cuaca pagi esok?"
Jawab soalan trivia: "Di manakah Albert Einstein dilahirkan?" atau "Berapakah umur Beyonce?"
Kira tip: "Berapakah tip untuk 42 ringgit?"
Terjemahkan perkataan atau ungkapan: "Bagaimanakah menyebut timun dalam bahasa Sepanyol?"
Takrifkan perkataan: "Apakah makna lahap?"
Tukar antara unit: "Berapakah 16 auns dalam paun?"
Selesaikan masalah matematik: "Apakah punca kuasa 2209?"
Jejaki pakej daripada pengesahan pesanan Gmail anda: "Di manakah pakej saya?"
Cari dalam apl pada peranti anda: "Cari makanan Thai menggunakan Yelp".
Wi-Fi: "Hidupkan Wi-Fi" atau "Matikan Wi-Fi".
Bluetooth: "Hidupkan Bluetooth" atau "Matikan Bluetooth".
Lampu suluh: "Hidupkan lampu suluh saya" atau "Matikan lampu suluh saya".
Anda boleh menyebut "Ok Google" untuk melakukan tindakan suara dengan apl lain pada peranti anda. Pada masa ini ciri ini hanya tersedia pada apl tertentu dan hanya frasa tertentu boleh digunakan.
Pelbagai lagi apl yang boleh anda gunakan dengan "Ok Google"
- Flixster: "Tunjukkan Inception pada Flixster."
- Instacart: "Tunjukkan ketersediaan instacart."
- Laman utama iRobot: "Mula mop."
- Lincoln: "Mulakan Lincoln MKZ saya."
- NPR One: "Dengar NPR."
- NextPlus: "Hantar mesej menggunakan NextPlus."
- Realtor.com: "Tunjukkan sewaan berdekatan saya pada Realtor."
- Shazam: "Shazam lagu ini."
- Telegram: "Hantar mesej Telegram kepada Ibu."
- Threema: "Hantar mesej Threema kepada Khatijah."
- TripAdvisor: "Tunjukkan tempat menarik berdekatan saya pada TripAdvisor."
- Trulia: "Tunjukkan rumah untuk dijual di Boston pada Trulia."
- TuneIn Radio: "Buka TuneIn dalam mod kereta."
- Walmart: "Imbas resit saya pada Walmart."
- WhatsApp: "Hantar WhatsApp kepada Johan."
- Wink: "Aktifkan mod rumah pada Wink."
- Viber: "Hantar mesej menggunakan Viber."
- Zillow: "Tunjukkan rumah terbuka di kawasan berdekatan pada Zillow."
Google mengetahui beberapa apl pilihan anda
Apabila anda tidak menyebut nama apl dalam sesetengah permintaan (contohnya, anda hanya menyebut “imbas resit saya”), anda boleh membuka apl daripada hasil carian. Selepas anda melakukan perkara ini beberapa kali, Google akan mengetahui bahawa anda ingin membuka apl tersebut dan tidak akan bertanya lagi.
Jika anda ingin ditanya setiap kali sebelum Google membuka apl:
- Sebut atau taip tindakan suara.
- Batalkan dengan mengetik
.
- Ulang beberapa kali.
Tempat anda boleh menggunakan carian suara
Tindakan ini tersedia dalam bahasa Inggeris di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, India, Ireland, Singapura dan Afrika Selatan.
Peranti anda mesti menggunakan apl Google 4.0 ke atas dengan Aktiviti Web & Apl dihidupkan.