Anda boleh menggunakan suara anda untuk membuat carian maklumat yang berguna.
Mulakan Carian Suara
- Buka apl Google pada iPhone atau iPad anda.
- Ketik Mikrofon .
- Ajukan pertanyaan.
Carian suara biasa
Jika carian suara tersedia dalam bahasa, negara dan rantau anda, anda boleh menyebut kebanyakan contoh yang berikut.
Petua: Sesetengah contoh ini berfungsi dalam bahasa, negara atau rantau tertentu sahaja.
Hiburan (muzik, filem & imej)Cari muzik baharu: "Apakah lagu yang dinyanyikan oleh Akim and the Majistret?"
Cari filem: "Apakah filem yang ditayangkan malam ini?" atau "Di manakah Hunger Games ditayangkan?"
Cari imej: "Tunjukkan saya gambar Jambatan Pulau Pinang".
Dapatkan arah: "Navigasi ke Tesco" atau "Arah ke Megan Avenue, Kuala Lumpur".
Cari tempat yang berhampiran: "Di manakah kedai kopi yang terdekat?"
Rancang perjalanan anda: "Apakah antara tarikan di Kota Kinabalu?"
Ketahui masa: "Pukul berapakah di London sekarang?"
Semak cuaca: "Adakah saya memerlukan baju hujan hari ini?" atau "Bagaimanakah keadaan cuaca pagi esok?"
Jawab soalan trivia: "Di manakah Albert Einstein dilahirkan?" atau "Berapakah umur Beyonce?"
Terjemahkan perkataan atau ungkapan: "Bagaimanakah sebutan timun dalam bahasa Sepanyol?"
Takrifkan perkataan: "Apakah makna lahap?"
Tukar antara unit: "Berapakah 16 auns dalam paun?"
Selesaikan masalah matematik: "Apakah punca kuasa 2209?"
Tambah bahasa lain
Untuk menggunakan carian suara dalam beberapa bahasa, tambahkan bahasa daripada tetapan anda.
- Buka apl Google pada iPhone atau iPad anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau parap anda Tetapan Voice dan Assistant.
- Ketik Bahasa Tambahkan Bahasa.