Jika anda log masuk secara sementara pada komputer, telefon atau tablet yang bukan milik anda, gunakan tetingkap penyemakan imbas peribadi.
Contohnya:
- Komputer umum yang tersedia kepada ramai orang, seperti pustaka atau kafe Internet
- Peranti yang anda pinjam daripada rakan atau ahli keluarga
Jika anda berkongsi peranti atau penyemak imbas dengan orang yang dipercayai, anda boleh menyediakan peranti atau penyemak imbas itu untuk beberapa orang. Ketahui cara berkongsi Chrome dengan orang lain.
Semak imbas secara peribadi
Jika anda log masuk pada peranti yang digunakan oleh orang lain, ikut langkah di bawah supaya orang lain tidak dapat:
- Menggunakan Google Account anda
- Mengetahui carian yang anda lakukan atau laman yang anda lawati
- Memastikan bahawa akaun anda telah dilog masuk
- Buka apl penyemak imbas, seperti Safari pada iPhone atau iPad.
- Buka tetingkap peribadi. Untuk mengetahui cara, pilih apl:
- Akses perkhidmatan Google, seperti www.google.com dan log masuk ke akaun anda.
- Tutup semua tetingkap peribadi atau log keluar apabila anda sudah selesai menggunakan web. Untuk log keluar:
- Akses perkhidmatan Google, seperti www.google.com.
- Ketik imej profil, parap atau alamat e-mel anda pada bahagian atas sebelah kanan.
- Ketik Log keluar.
Apabila anda log masuk pada tetingkap peribadi dalam Chrome:
- Carian yang anda lakukan, laman yang anda lawati dan aktiviti lain tidak disimpan pada sejarah penyemak imbas.
- Kawalan aktiviti anda digunakan, oleh itu aktiviti yang sama seperti biasa disimpan pada Google Account anda.
- Kuki dipadamkan selepas anda menutup semua tetingkap peribadi.
Petua: Penyemakan imbas secara peribadi mungkin berfungsi dengan cara yang berbeza pada penyemak imbas lain. Baca butiran yang berkaitan apabila anda mengikut arahan untuk menyemak imbas secara peribadi.
Jika anda tidak dapat menyemak imbas secara peribadi
- Buka penyemak imbas, seperti Chrome.
- Ikut langkah ini sebelum anda log masuk dan selepas anda log keluar:
- Kosongkan cache dan kuki penyemak imbas: Ketahui cara mengosongkan cache dan kuki.
- Padamkan sejarah penyemakan imbas: Ketahui cara memadamkan sejarah penyemakan imbas dalam Chrome.