Gunakan Tulis Tangan untuk membuat carian

Anda boleh menulis istilah carian anda dengan jari anda dan bukannya menaip perkataan tersebut pada papan kekunci. Sambil anda menulis, teks tulisan tangan anda akan ditukar menjadi perkataan dalam kotak carian. 

Ketersediaan

Anda boleh menggunakan Tulis Tangan pada peranti berikut:

  • Telefon yang menjalankan Android 2.3 ke atas
  • Tablet yang menjalankan Android 4.0 ke atas

Hidupkan atau matikan Tulis Tangan

  1. Buka tetapan Search pada telefon atau tablet anda.
  2. Akses bahagian "Tulis Tangan".
    • Untuk menghidupkan Tulis Tangan, ketik Dayakan.
    • Untuk mematikan Tulis Tangan, ketik Lumpuhkan.
  3. Pada bahagian bawah halaman, ketik Simpan.

Petua: Untuk menemukan perubahan anda, segarkan semula penyemak imbas anda.

Cara membuat carian dengan Tulis Tangan

  1. Apabila Tulis Tangan dihidupkan, lawati google.com pada peranti mudah alih anda.
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan, ketik Tulis Tangan.
  3. Gunakan jari anda untuk menulis istilah carian anda di mana-mana sahaja pada skrin. 
    • Semasa anda menulis, teks tulisan tangan anda akan ditukar menjadi teks dalam kotak carian.
  4. Ketik Cari Cari
 

Petua dan kiat

  • Padamkan huruf: Di bahagian bawah halaman, ketik Padam Kosongkan.
  • Mula semula: Dalam kotak carian, ketik Kosongkan Kosongkan.
  • Jelaskan aksara: Apabila anda menaip aksara yang boleh disalah tafsir sebagai aksara yang lain, contohnya kosong (nombor) dan O (huruf), senarai pilihan akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.
  • Gunakan ramalan: Untuk membantu menjimatkan masa, senarai istilah carian ramalan akan dipaparkan dalam kotak carian semasa anda menulis. Ketik ramalan untuk mencari istilah itu. Untuk meneroka carian yang berkaitan, ketik anak panah.
  • Sertakan simbol: Cuba simbol dan aksara khas, seperti +, @, & dan $.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama