Anda boleh menggunakan simbol atau perkataan dalam carian untuk menjadikan hasil carian anda lebih tepat.
- Biasanya, Carian Google tidak menghiraukan tanda baca yang bukan sebahagian daripada pengendali carian.
- Jangan letakkan ruang di antara simbol atau perkataan dengan istilah carian anda. Carian untuk
site:nytimes.com
akan memberikan hasil, tetapisite: nytimes.com
tidak.
Perhalus carian imej
Carian Terperinci Keseluruhan
- Buka Carian Imej Terperinci.
- Gunakan penapis seperti rantau atau jenis fail untuk mengehadkan hasil carian anda.
- Di bahagian bawah, klik Carian Terperinci.
Cari saiz imej yang tepat
Betul-betul selepas perkataan yang anda cari, tambahkan teks imagesize:widthxheight
. Pastikan anda menambahkan dimensi dalam piksel.
Contoh: imagesize:500x400
Teknik carian biasa
Cari dalam media sosial
Letakkan @
di hadapan perkataan untuk membuat carian dalam media sosial. Sebagai contoh: @twitter
.
Cari harga
Letakkan $
di hadapan nombor. Sebagai contoh: kamera $400
.
Cari tanda pagar
Letakkan #
di hadapan perkataan. Sebagai contoh: #malaysiaboleh
Kecualikan perkataan daripada carian anda
Letakkan -
di hadapan perkataan yang mahu dikecualikan. Sebagai contoh, kelajuan kancil -kereta
Cari padanan yang tepat
Letakkan perkataan atau frasa di dalam tanda petik. Sebagai contoh, "bangunan tertinggi"
.
Cari dalam lingkungan julat nombor
Letakkan ..
di antara dua nombor Sebagai contoh, kamera $50..$100
.
Gabungkan carian
Letakkan "OR
" di antara setiap pertanyaan carian. Sebagai contoh, maraton OR lumba lari
.
Cari tapak tertentu
Letakkan "site:
" di hadapan tapak atau domain. Sebagai contoh, site:youtube.com
atau site:.gov
.
Cari tapak yang berkaitan
Letakkan "related:
" di hadapan alamat web yang sudah anda ketahui. Sebagai contoh, related:time.com
.
Lihat versi cache Google bagi tapak
Letakkan "cache:
" di hadapan alamat tapak.
Penting: Tidak semua pengendali carian mengembalikan hasil carian yang menyeluruh dan lengkap.