Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Perhalus carian Google

Terdapat pelbagai cara menapis carian Google anda untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat atau diluaskan kepada arah carian baharu.

Carian lanjutan

Google menawarkan halaman yang direka bentuk untuk membantu anda membuat carian web dan imej khas:

Penapis & topik

Selepas anda membuat carian, butang penapis dan topik akan dipaparkan berhampiran bar carian. Butang tersebut juga boleh dipaparkan pada tempat lain pada halaman.

Penapis

Penapis membolehkan anda memperincikan hasil carian kepada jenis tertentu, seperti:

  • Video
  • Berita
  • Imej

Penapis yang tepat dan turutan pemaparan penapis adalah dinamik. Perkara tersebut adalah berdasarkan analisis sistem kami tentang cara terbaik menjawab pertanyaan anda. Jika anda tidak menemukan penapis tertentu yang anda mahukan, gunakan pilihan "Semua Penapis" untuk menyemak penapis lain yang tersedia.

Topik

Topik membolehkan anda menambahkan istilah pada pertanyaan agar anda mendapat maklumat yang lebih khusus atau menerokai maklumat yang berkaitan. Topik yang berkaitan dengan pertanyaan akan dijana dan dipaparkan secara automatik. Perkara tersebut adalah berdasarkan pemahaman sistem kami tentang cara carian dibuat dan cara kandungan dianalisis merentas web. Topik tersedia pada komputer bagi kebanyakan negara atau rantau dan ciri ini akan dikembangkan kepada lebih banyak negara atau rantau serta bahasa pada peranti mudah alih.

Pengendali

Untuk memperincikan hasil carian anda melalui cara yang khusus, anda boleh menggunakan pengendali khas dalam carian anda. Jangan letakkan ruang antara pengendali dengan istilah carian anda. Carian untuk [site:nytimes.com] akan memberikan hasil carian tetapi [site: nytimes.com] tidak. Yang berikut merupakan beberapa pengendali yang popular:

Carian untuk padanan tepat: Masukkan perkataan atau frasa dalam tanda petik. Contohnya, [tallest building].

Lawati catatan blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat carian menggunakan tanda petik.

Carian untuk laman tertentu: Masukkan site: di hadapan laman atau domain. Contohnya, [site:youtube.com cat videos].

Kecualikan perkataan daripada carian anda: Letakkan - di hadapan perkataan yang mahu dikecualikan. Contohnya, [jaguar speed -car].

Hasil carian yang berkaitan

Setelah anda mengklik hasil carian web dan kembali kepada halaman hasil carian, anda boleh menemukan lebih banyak hasil carian berkaitan yang ditambahkan pada hasil carian asal yang telah dijana. Hasil carian yang ditambahkan ini berkaitan dengan hasil carian web yang telah anda klik.

Carian berkaitan

Selepas membuat carian, anda boleh menemukan carian yang berkaitan dengan carian asal anda. Carian berkaitan dijana secara automatik berdasarkan pemahaman sistem kami tentang cara pengguna membuat carian.

Tetapan

Dalam Google Search, anda boleh menggunakan tetapan yang membolehkan anda memadankan atau mengalih keluar jenis kandungan tertentu:

  • Anda boleh menapis hasil carian Google Search kepada bahasa yang lain dengan Penapis bahasa hasil carian.
  • Anda boleh menapis kandungan eksplisit daripada hasil carian anda dengan SafeSearch.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
16713432562931696017
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false