Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Perhalus carian web

Anda boleh menggunakan simbol atau perkataan dalam carian untuk menjadikan hasil carian anda lebih tepat.

  • Biasanya, Carian Google tidak menghiraukan tanda baca yang bukan sebahagian daripada pengendali carian.
  • Jangan letakkan ruang antara simbol atau perkataan dan istilah carian anda. Carian untuk site:nytimes.com akan memberikan hasil, tetapi site: nytimes.com tidak.

Teknik carian biasa

Cari media sosial

Letakkan @ di hadapan perkataan untuk mencari dalam media sosial. Sebagai contoh: @twitter.

Cari harga

Letakkan di hadapan nombor. Sebagai contoh: kamera $400.

Cari hashteg

Letakkan di hadapan perkataan. Sebagai contoh: #malaysiaboleh

Kecualikan perkataan daripada carian anda

Letakkan - di hadapan perkataan yang mahu dikecualikan. Sebagai contoh, kelajuan kancil -kereta

Cari padanan yang tepat

Letakkan perkataan atau frasa di dalam tanda petik. Sebagai contoh, "bangunan tertinggi".

Cari kad bebas atau perkataan yang tidak diketahui

Letakkan * dalam perkataan atau frasa di tempat anda mahu memasukkan pemegang tempat. Sebagai contoh, "tasik * terbesar di dunia".

Cari dalam lingkungan julat nombor

Letakkan .. antara dua nombor. Sebagai contoh, kamera $50..$100.

Gabungkan carian

Letakkan "OR" antara setiap pertanyaan carian. Sebagai contoh,  maraton OR lumba lari.

Cari tapak tertentu

Letakkan "site:" di hadapan tapak atau domain. Sebagai contoh, site:youtube.com atau site:.gov.

Cari tapak yang berkaitan

Letakkan "related:" di hadapan alamat web yang sudah anda ketahui. Sebagai contoh, related:time.com.

Dapatkan butiran tentang tapak

Letakkan "info:" di hadapan alamat tapak.

Lihat versi dicache Google bagi tapak

Letakkan "cache:" di hadapan alamat tapak.