Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama

Pengendali carian

Anda boleh menggunakan pengendali carian dan tanda baca yang lain untuk mendapatkan hasil carian yang lebih khusus. Kecuali bagi contoh di bawah, Carian Google biasanya mengabaikan tanda baca.

Tanda baca & simbol

Walaupun anda boleh menggunakan tanda baca di bawah ini semasa membuat carian, langkah menyertakannya tidak selalunya meningkatkan hasil. Jika kami berpendapat tanda baca tidak akan memberikan hasil yang lebih baik, anda akan melihat hasil yang dicadangkan untuk carian itu tidak mempunyai tanda baca.

Simbol Cara menggunakan
+

Cari halaman Google+ atau jenis darah
Contoh: +Chrome atau  AB+

@ Cari teg sosial
Contoh: @agoogler
$ Cari harga
Contoh: nikon $400
#

Mencari hashteg popular untuk topik yang menjadi arah aliran semasa
Contoh: #throwbackthursday

- Apabila anda menggunakan tanda sengkang sebelum perkataan atau tapak, hasil carian yang mengandungi perkataan atau tapak itu akan dikecualikan. Ini berguna untuk perkataan yang mempunyai beberapa makna, seperti Jaguar jenama kereta dan jaguar haiwan.
Contoh: jaguar speed -car atau pandas -site:wikipedia.org
" Apabila anda meletakkan perkataan atau frasa dalam tanda petikan, hasil carian hanya akan menyertakan halaman yang mempunyai perkataan yang sama dalam susunan yang sama seperti dalam tanda petikan tersebut. Hanya gunakannya jika anda sedang mencari perkataan atau frasa yang tepat, jika tidak, anda akan terlepas banyak hasil carian yang berguna secara tidak sengaja.
Contoh: "imagine all the people"
* Tambahkan tanda asterisk sebagai pemegang tempat bagi apa-apa istilah yang tidak diketahui atau kad bebas.
Contoh: "a * saved is a * earned"
.. Pisahkan nombor dengan dua titik tanpa ruang (..) untuk melihat hasil yang mengandungi nombor dalam julat itu.
Contoh: camera $50..$100

Pengendali carian

Pengendali carian ialah perkataan yang boleh ditambahkan pada carian untuk membantu mengecilkan hasil carian. Jangan risau tentang menghafal setiap pengendali - anda juga boleh menggunakan halaman Carian Terperinci untuk membuat carian sedemikian.

Pengendali Cara menggunakan
site: Dapatkan hasil daripada tapak atau domain yang tertentu.
Contoh: olympics site:nbc.com dan olympics site:.gov
related: Mencari halaman yang serupa dengan alamat web yang sudah anda ketahui.
Contoh: related:time.com
OR Mencari halaman yang mungkin menggunakan satu atau beberapa perkataan.
Contoh: marathon OR race
info: Mendapatkan maklumat mengenai alamat web, termasuk versi dicache bagi halaman berkenaan, halaman yang serupa dan halaman yang memaut ke tapak tersebut.
Contoh: info:google.com
cache: Melihat rupa halaman pada kali terakhir Google melawat ke tapak web itu.
Contoh: cache:washington.edu

Nota: Apabila anda mencari menggunakan pengendali atau tanda baca, jangan tambahkan sebarang ruang di antara pengendali dan istilah carian anda. Carian untuk site:nytimes.com akan memberikan hasil, tetapi site: nytimes.com tidak akan memberikan hasil.