Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang imej yang anda lihat dalam hasil carian, klik pada imej. Contohnya, anda boleh mengetahui jenis tapak yang menjadi sumber imej itu dan mencari imej yang berkaitan.
- Pada iPhone atau iPad anda, lawati images.google.com atau buka apl Google
.
- Cari imej.
- Ketik imej untuk mendapatkan versi yang lebih besar.
- Untuk mengambil tindakan lain pada imej, sentuh dan tahan imej tersebut.
- Tindakan termasuk:
- Cari imej dengan Google Lens
- Simpan pada koleksi
- Kongsi
- Tindakan termasuk:
- Melawati halaman: Untuk mengakses halaman web tempat Google menemukan imej, ketik Lawat.
- Hantar maklum balas: Untuk melaporkan imej yang tidak sesuai, pada bahagian bawah, ketik Laporkan hasil carian ini.
- Tutup imej: Untuk kembali kepada halaman hasil carian imej, ketik Tutup
.
- Tambahkan pada koleksi: Ketahui perihal Koleksi dengan lebih lanjut.
- Kongsi imej: Untuk berkongsi imej, sentuh dan tahan imej tersebut, kemudian ketik Kongsi.
- Ketahui perihal imej dengan lebih lanjut: Untuk menemukan maklumat lanjut tentang imej, ketik Lagi
Perihal Imej ini.
Penting: Adalah perkara biasa bagi halaman hasil carian imej anda kelihatan berbeza pada telefon atau pada versi penyemak imbas komputer dan tablet yang lebih lama.
Sumber berkaitan