Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Fahami & urus lokasi anda apabila anda melakukan carian di Google

Apabila anda menggunakan Google seperti Maps, Search atau Google Assistant, lokasi semasa anda digunakan untuk memberi anda lebih banyak hasil carian yang berguna. Sebagai contoh, jika anda mencari kedai kopi, anda mungkin mencari kedai kopi berhampiran anda. Lokasi anda membantu untuk menunjukkan hasil carian yang berdekatan walaupun anda tidak menyertakan lokasi dalam carian anda.

Lokasi anda diperoleh daripada pelbagai sumber yang digunakan secara bersama untuk menentukan kedudukan anda. Anda boleh mengemaskinikan tetapan lokasi anda semasa menggunakan perkhidmatan Google untuk mendapatkan hasil carian yang dikehendaki dan mengawal privasi anda dengan cara yang terbaik untuk anda.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang cara lokasi berfungsi sebelum menukar tetapan, anda boleh mendapatkan maklumat tentang cara Google menentukan lokasi semasa anda melakukan carian di bawah.

Kemas kini lokasi anda untuk mendapatkan hasil setempat yang lebih baik

Jika anda mencari sesuatu yang berhampiran dan tidak menemukan hasil carian tempatan, cuba pembetulan ini:

  • Tambahkan lokasi semasa anda pada carian anda, seperti kedai kopi di Chemor.
  • Semak jika peranti anda menghantar lokasi kepada Google apabila anda melakukan carian. Ikut langkah di bawah untuk mengurus tetapan lokasi peranti anda.

Anda boleh membantu Google memberi anda hasil carian yang lebih baik dari rumah atau tempat kerja anda apabila anda menetapkan:

Uruskan tetapan lokasi peranti anda

Telefon dan tablet boleh menghantar maklumat lokasi ke apl dan tapak web jika tetapan lokasi peranti anda dihidupkan, dan kebenaran apl dan penyemak imbas anda memberi kebenaran. Anda boleh mengawal sama ada lokasi dihantar dari peranti anda ke mana-mana apl atau tapak web, termasuk google.com, dengan mengubah kebenaran lokasi anda.

Penting: Sebelum anda mengurus kebenaran apl atau penyemak imbas anda, semak agar lokasi peranti anda dihidupkan untuk telefon atau tablet anda. Ketahui cara untuk mengurus tetapan lokasi peranti Android anda.

Uruskan kebenaran lokasi

Untuk laman web, seperti google.com

Apabila anda melawati tapak web dalam penyemak imbas web, seperti Chrome, anda boleh menghidupkan atau mematikan kebenaran lokasi secara berasingan untuk penyemak imbas itu sendiri, dan untuk tapak web yang meminta lokasi anda, seperti google.com.

Jika anda menginginkan tapak web seperti google.com untuk mengakses ke lokasi peranti anda, hidupkan kebenaran lokasi untuk kedua-dua penyemak imbas anda dan tapak web.

Hidupkan atau matikan kebenaran lokasi untuk penyemak imbas anda

Anda boleh mengawal sama ada penyemak imbas anda dapat menggunakan lokasi dengan sepenuhnya.

  1. Pada peranti Android anda, buka apl Tetapan Tetapan.
  2. Ketik Lokasi kemudian Kebenaran apl.
  3. Ketik pada apl penyemak imbas anda, seperti Chrome.
  4. Pilih akses lokasi untuk apl penyemak imbas: Benarkan atau Tolak.

Penting: Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 10 ke atas. Ketahui cara untuk mengawal kebenaran apl anda, termasuk lokasi untuk versi Android lebih awal.

Hidupkan atau matikan kebenaran lokasi untuk tapak web

Jika penyemak imbas anda boleh menggunakan lokasi, anda boleh mengawal sama ada penyemak imbas anda menghantar lokasi ke tapak web tertentu, seperti google.com.

  1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka penyemak imbas anda dan pergi ke google.com.
  2. Di sebelah kiri bar alamat, ketik Kunci Kunci kemudian Kebenaran.
  3. Hidupkan atau matikan Lokasi untuk google.com.

Ketahui lebih lanjut tentang perubahan kebenaran tapak dalam Chrome.

Penting: kadangkala masa yang lama mungkin diambil untuk penyemak imbas anda mengesan lokasi peranti semasa anda. Untuk memberi anda hasil carian dengan cepat, google.com mungkin menggunakan lokasi peranti anda sejak kali terakhir anda menggunakan Google. Lokasi ini disimpan dalam kuki yang ditetapkan untuk tamat tempoh selepas 6 jam. Ketahui lebih lanjut tentang pengurusan kuki.

Untuk apl, seperti apl Google

​​Jika anda mencari dengan menggunakan apl, seperti apl Google atau Google Maps, anda boleh mengawal sama ada lokasi adalah tersedia untuk apl atau tidak dengan menggunakan kebenaran lokasi telefon atau tablet anda.

  1. Pada peranti Android anda, buka apl Tetapan Tetapan.
  2. Ketik Lokasi kemudian Kebenaran apl.
  3. Ketik apl yang anda gunakan untuk membuat carian, seperti apl Google Carian Google atau Google Maps Peta.
  4. Pilih akses lokasi untuk apl ini: Benarkan atau Tolak.

Penting: Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 10 ke atas. Ketahui cara untuk mengawal kebenaran apl anda, termasuk lokasi untuk versi Android lebih awal.

Cara Google menentukan lokasi anda apabila anda melakukan carian

Apabila anda menggunakan Google seperti Maps, Search atau Google Assistant, lokasi semasa anda ditentukan daripada pelbagai sumber bergantung pada ketersediaan sumber tersebut.

Penting: Kebanyakan sumber lokasi ini boleh dikawal menggunakan sama ada kebenaran peranti anda, pilihan akaun anda atau tetapan lain. Ketahui lebih lanjut di bawah tentang cara pilihan anda mempengaruhi privasi dan lokasi anda.

Sumber untuk menentukan lokasi anda apabila anda melakukan carian

Apabila anda menggunakan Google, anda boleh mengetahui cara lokasi anda ditentukan pada bahagian bawah halaman hasil carian.

Lokasi peranti anda

Kebanyakan peranti seperti telefon atau komputer, boleh menentukan lokasi tepat peranti tersebut. Lokasi tepat sebegini berguna dalam apl, seperti Peta Google untuk memberikan arah atau membantu anda mendapatkan hasil carian berhampiran yang berguna. Sebagai contoh, beberapa carian yang lebih bergantung pada kedudukan anda, seperti kedai kopi, perhentian bas atau ATM, yang lazimnya akan memberikan hasil yang lebih berguna apabila kebenaran lokasi dihidupkan.

Dengan mengikut langkah di atas, anda boleh mengurus tetapan lokasi berdasarkan peranti untuk memilih jika lokasi tersedia apabila anda melakukan carian. Bergantung pada peranti anda, biasanya anda boleh menghidupkan atau mematikan lokasi untuk apl & laman web secara berasingan dan untuk peranti anda sendiri.

Jika anda menggunakan peranti Kediaman Pintar, seperti Nest Audio atau Nest Hub, anda boleh menetapkan lokasi peranti pada apl Google Home.

Jika lokasi peranti anda digunakan untuk membantu anda mendapatkan hasil carian anda, maklumat lokasi pada bahagian bawah halaman hasil carian akan tertulis Daripada peranti anda.

Penting: kadangkala masa yang lama mungkin diambil untuk penyemak imbas anda mengesan lokasi peranti semasa anda. Untuk memberi anda hasil carian dengan cepat, google.com mungkin menggunakan lokasi peranti anda sejak kali terakhir anda menggunakan Google. Lokasi ini disimpan dalam kuki yang ditetapkan untuk tamat tempoh selepas 6 jam. Ketahui lebih lanjut tentang pengurusan kuki.

Alamat rumah atau tempat kerja anda, daripada Google Account anda

Jika anda menetapkan alamat rumah atau tempat kerja, alamat mungkin digunakan untuk menganggarkan lokasi anda apabila anda mungkin berada di salah satu tempat ini.

Anda boleh mengedit alamat rumahdan tempat kerjadalam Google Account anda.

Jika lokasi rumah atau tempat kerja anda digunakan untuk membantu anda mendapatkan hasil carian, maklumat lokasi yang berada pada bahagian bawah halaman hasil carian akan tertulis Berdasarkan tempat anda (Rumah) atau (Tempat Kerja).

Aktiviti terdahulu anda pada laman dan apl Google

Jika anda log masuk ke Google Account anda dan menghidupkan Aktiviti Web & Apl, aktiviti anda pada laman, apl dan perkhidmatan Google mungkin disimpan dalam Google Account anda. Beberapa item daripada aktiviti anda mungkin termasuk kawasan umum tempat anda berada pada masa itu. Lokasi tepat boleh disimpan dalam aktiviti anda jika aktiviti anda melibatkan lokasi tepat.

Dalam sesetengah keadaan, kawasan yang pernah anda cari pada masa lalu boleh digunakan untuk menganggarkan lokasi yang berkaitan untuk carian anda. Sebagai contoh, jika anda mencari kedai kopi di Chemor, kemudian salun kuku, Google mungkin menunjukkan salun kuku di Chemor.

Anda boleh melihat dan mengawal Aktiviti Web & Apl anda menerusi myactivity.google.com. Ketahui cara melihat & mengawal aktiviti pada akaun anda.

Jika anda tidak log masuk ke Google Account anda, Google mungkin menyimpan sedikit maklumat lokasi bagi carian terdahulu daripada peranti yang digunakan untuk membantu dalam memberikan hasil dan cadangan yang lebih berkaitan. Jika anda mematikan Penyesuaian carian , Google tidak akan menggunakan carian terdahulu untuk menganggarkan lokasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara mencari dan menyemak imbas secara peribadi.

Jika aktiviti terdahulu anda digunakan untuk mendapatkan hasil carian anda, maklumat lokasi pada bahagian bawah halaman hasil carian akan menyatakan "Berdasarkan aktiviti anda yang lalu".

Alamat IP sambungan Internet anda

Alamat IP, juga dipanggil alamat Internet, diberikan kepada peranti anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet. Alamat ini merupakan satu keperluan untuk menggunakan Internet. Alamat IP digunakan untuk membuat sambungan antara peranti anda dengan laman web dan perkhidmatan yang anda gunakan.

Alamat IP secara kasarnya ditentukan berdasarkan geografi. Ini bermaksud bahawa mana-mana laman web yang anda gunakan termasuk google.com boleh mendapatkan maklumat tentang kawasan umum anda.

Jika alamat IP anda digunakan untuk menganggarkan kawasan umum semasa anda untuk carian anda, maklumat lokasi di bawah halaman hasil carian akan tertulis Daripada alamat internet anda.

Penting: Internet tidak berfungsi tanpa alamat IP. Apabila anda menggunakan tapak, apl atau perkhidmatan seperti Google, biasanya beberapa maklumat tentang lokasi anda dapat dikesan.

Kawalan lokasi & privasi anda

Apabila anda melakukan carian pada Google, Google akan sentiasa menganggarkan kawasan umum tempat anda melakukan carian. Penganggaran kawasan umum lokasi anda bermakna Google boleh memberi anda hasil carian yang berkaitan dan memastikan akaun anda selamat dengan mengesan aktiviti luar biasa seperti log masuk dari bandar baharu.

Kawasan umum merujuk kepada kawasan yang lebih luas daripada 3 km persegi dan mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pengguna supayakawasan umum carian anda tidak mengenal pasti anda dan perkara ini membantu untuk melindungi privasi anda. Hal ini bermakna bahawa kawasan umum lazimnya lebih luas daripada 3 km persegi di luar bandar. Kawasan umum yang dianggarkan adalah berdasarkan sumber lokasi yang diterangkan dalam artikel ini.

Jika anda memberikan kebenaran lokasi kepada google.com atau apl Google pada peranti anda, kemudian apabila anda melakukan carian, lokasi tepat anda akan digunakan oleh Google untuk menunjukkan hasil carian terbaik kepada anda. Lokasi tepat bermaksud kedudukan anda yang benar-benar tepat, seperti alamat tertentu.

Jika anda menetapkan alamat rumah atau tempat kerja anda dan Google menganggarkan bahawa anda berada di rumah atau tempat kerja, maka alamat yang tepat akan digunakan untuk carian anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
15161935229037000371
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false