Kecerdasan Peribadi dalam AI Mode merujuk carian dan aktiviti sebelumnya yang disimpan dalam Sejarah Perkhidmatan Carian anda untuk memberikan cadangan yang disesuaikan dengan cita rasa dan pilihan anda. Pemeribadian oleh AI Mode tidak semestinya betul. Jika AI Mode melakukan kesilapan, anda boleh mengambil tindakan susulan pada bila-bila masa untuk membuat pembetulan atau memberikan penjelasan.
Penting: Pemeribadian AI Mode tersedia jika anda berumur 18 tahun ke atas dan telah mendayakan sejarah dan syor yang diperibadikan.
- Anda boleh mengikut serta atau menarik diri daripada pemeribadian pada bila-bila masa dengan menukar tetapan syor yang diperibadikan anda.
- Anda boleh mengurus atau memadamkan aktiviti Search pada bila-bila masa daripada myactivity.google.com. Ketahui perihal pengurusan aktiviti Search anda dengan lebih lanjut.
Dapatkan pengalaman yang lebih disesuaikan dengan memori dalam AI Mode
Jika anda telah mendayakan sejarah dan syor yang diperibadikan, anda boleh mendapatkan pengalaman yang diperibadikan daripada AI Mode dengan memori carian dan interaksi anda yang lalu dari semasa ke semasa. Dengan memberitahu AI Mode secara terus butiran atau pilihan yang mahu anda ingati atau lupakan, AI Mode boleh menyesuaikan lagi respons berdasarkan perkara yang paling penting untuk anda. Pengalaman ini tersedia di AS, dalam bahasa Inggeris.
Urus memori AI Mode
Anda boleh mengarahkan AI Mode untuk mengingati atau melupakan butiran tertentu untuk mendapatkan respons yang lebih membantu. Contohnya:
- Untuk mengingati: Beritahu AI Mode, "Ingat [butiran khusus]."
- Contohnya: “Ingat saya lebih suka makanan Itali.”
- Untuk melupakan: Beritahu AI Mode, “Lupakan [butiran khusus]."
- Sebagai contoh: “Lupakan saya lebih suka makanan Itali.”
- Untuk menyemak perkara yang diketahui oleh AI Mode tentang anda: Minta ringkasan
- Sebagai contoh: “Apakah yang anda tahu tentang saya?”
- Untuk mengemaskinikan: Berikan butiran baharu.
- Contohnya: “Saya tidak menyertai maraton lagi.”
Tingkatkan Kecerdasan Peribadi: Sambungkan apl kandungan Google anda
Penyambungan apl kandungan Google anda, bermula dengan apl Workspace (Gmail dan Calendar) serta Google Photos, membantu untuk meningkatkan lagi Kecerdasan Peribadi dengan menghubungkan maklumat merentas lebih banyak apl kandungan Google anda. Jika anda memilih untuk menyambungkan apl kandungan Google kepada perkhidmatan Search, anda boleh memanfaatkan konteks dan cerapan peribadi anda sendiri untuk mendapatkan respons AI Mode yang disesuaikan secara unik untuk anda. Anda boleh memilih untuk menyambungkan atau memutuskan sambungan apl kandungan Google anda pada bila-bila masa.
Ciri ini tersedia kepada pengguna yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Nota: Jika anda bersetuju untuk menggunakan ciri ini, hal ini bermakna semua perkhidmatan Search akan dibenarkan untuk mengakses Workspace dan Google Photos. Perkhidmatan Search termasuk Google Search (termasuk AI Mode, Discover), Maps, Shopping, News, Flights, Hotels dan Translate.